loading...

Thursday, 10 November 2016

Student UITM Diugut Santau Setelah Tak Mau Layan Nafsu Lelaki Dikenali Dalam Facebook...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki muda sanggup mengugut mahu menyihir seorang gadis jika kemahuannya tidak dituruti. 

 Lelaki yang menggunakan nama Man Eni Tan di laman Facebook sebelum itu telah meminta mangsa, Bear Bear, melayani nafsunya. 

 Mangsa pada awalnya berpura-pura melayani lelaki terbabit yang menyuruhnya masuk ke dalam bilik dan dipercayai meminta gambar bogelnya. 

 Namun, mangsa yang juga pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) enggan berbuat demikian, menyebabkan lelaki itu mula berang dan mengugut mahu menyihirnya dengan bantuan seorang dukun. 

 "Awak tunggu, saya santau awak malam ini. Dukun itu dah dapat gambar awak. Nanti kira berapa ekor ulat bulu dalam perut awak. 

 "Saya dah minta bagus-bagus, layan saya dan tunjukkan pada saya apa yang saya nak dalam (Facebook Messenger) ini sahaja. 

Habis layan saya, saya padam akan padam kesemuanya dan cakap awak nak apa dan saya akan pos ke alamat rumah awak. 

 "Tetapi awak menolak dan memerli saya. Awak tunggu," katanya. Mangsa bagaimanapun tidak takut dengan ancaman lelaki itu, lalu memuat naik beberapa gambar perbualan mereka di laman Facebooknya sebagai peringatan kepada netizen khususnya kaum hawa agar berhati-hati dengan lelaki berkenaan. 

 "Subhanallah, jahilnya seorang lelaki ini menggunakan dukun untuk mengugut saya untuk melayani kehendak seksnya. Hidup dan mati hanya Allah yang tentukan. Hati-hati dengan lelaki ini ya bagi kaum hawa," katanya. 


 Sementara itu netizen juga menasihatkan agar mangsa membuang segala gambar selfienya di laman Facebook dan tidak lagi memuat naik gambar-gambar seumpama itu bagi tujuan keselamatan diri. 






 "Itulah, lain kali jangan upload gambar kita. Senang-senang saja orang nak buat benda syirik ini dengan gambar kita. Tetapi kaum hawa ini nak juga upload konon-konon cantik bagai. Bila dah kena, mulalah takut," kata Radin Nor Izham. 

 Meskipun ugutan Man Eni Tan itu nampak tidak realistik, selain nampak kesanggapan yang melampau serta kebudak-budakkan, kaum hawa perlu berhati-hati bagi menghindari perkara yang tidak diingini berlaku. - The Reporter

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...