Ruangan pejabat tersebut mempunyai kelainan mereka yang tersendiri, dari segi keluasan, mahu pun rekaan dalamannya. Anda selalu terlihat akan kawasan pembinaan yang baharu, dan tertulis, SOVO, atau SOFO, dan ianya ternyata memberi kekeliruan sedikit akan maksud sebenar singkatan tersebut.
Admin ingin kongsikan kepada anda, apakah yang dimaksudkan dengan SOVO, SOFO dan business suite, mengenai perbezaan juga kegunaan yang bersesuain dengan ruangan pejabat ini, serta apa yang boleh anda dapat dengan ruangan pejabat ini. Jom kita lihat, perkongsian dari saudari Ainal Maryam ini.
SIRI ISTILAH HARTANAH : SOVO / SOFO / BUSINESS SUITE
Mungkin ramai diluar sana masih confused dengan jargon jargon hartanah. Harini Kanal akan memberi serba sedikit pencerahan tentang SOVO / SOFO / BUSSINESS SUITE.
1. SOVO / SOFO / BUSINESS SUITE
SOVO: Small Office Versatile Office
SOFO: Small Office Flexible Office
BUSINESS SUITE : Just a terminology, office jugak....
2. Status
Commercial, Non HDA.
3. Maintenance fee
Yes
4. Apa itu SOVO / SOFO / BUSINESS SUITE?
Okay, anda tidak faham concept commercial development ini? Tidak mengapa. Kanal believe ramai je yang tak faham. Basically, mereka mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.
Mereka mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan SERVICED RESIDENCE cuma mereka ni bertujuan untuk commercial. Jom terus baca untuk memahami dengan lebih lanjut.
Office building mempunyai Build Up Area yang sangat luas (selalunya satu tingkat untuk satu unit atau dua unit) and normally occupied oleh Syarikat-Syarikat Korporat / Kerajaan / Semi Gov yang mempunyai pekerja yang ramai.
6. Siapa?
Ramai yang tanya tentang potensi SOVO. Siapa yang bakal mengisi unit-unit development ini? Contoh:
Jenis perniagaan:
🔹Companies that offer consultations
🔹Companies that offer service
🔹IT companies
🔹Training center
🔹 Research center
🔹Call center
🔹 Photography Studio
🔹 Online businesses
🔹 Operasi untuk online stokis
Seperti:
🔹Legal firm
🔹Architecture firm
🔹ID Firm
🔹Travel Agencies
🔹Creative Agencies (Mini production companies)
🔹Event management companies
🔹Photography Studio
🔹Wedding organiser
🔹Magazine / online lifestyle web office
🔹Online business
🔹Office for set up businesses
🔹Training Center (sewa ruang untuk training/talk)
🔹Persatuan / Association
Haaa.. kan banyak tu.
Mampu Milik
Basically, the idea behind of concept development adalah membolehkan small to medium companies untuk memiliki sebuah office dengan harga yang 'mampu milik' / 'berpatutan'. Just imagine, syarikat kecil atau 'start up' yang berhasrat untuk memiliki pejabat atau ruang kerja tetapi mempunyai budget yang limited untuk membeli atau menyewa ruang kerja. Harga shop lot conventional pada masa kini boleh mencecah jutaan ringgit dan sewaan juga melebihi budget bulanan syarikat.
Size
Size SOVO di Malaysia boleh didapati dari 400sf, sesuai untuk Small size operator dengan harga yang bermula dari RM 300k plus selepas rebate. Repayment pun dalam sekitar RM 1,500 - RM 2,000 (bergantung pada LTV)*. Buat apa nak menyewa jika repayment pun lebih kurang harga sewa?
*hanyalah anggaran
Lifestyle & Facility
Pengguna kini sangat arif dengan 'Branding' dan 'association with lifestyle'. SOVO dan SOFO menawarkan sesebuah working lifestyle buat urbanite. Kenapa? Development jenis ini menawarkan facilities dan security seperti sesebuah Service Residence. Antara Facility typical yang terdapat adalah swimming pool, gym, lounge, business lounge, multipurpose hall dan lain-lain.
These facilities mempromosi gaya hidup seimbang untuk pekerja-pekerja di bangunan tersebut. Contohnya, seseorang itu boleh datang awal untuk ke gym dahulu sebelum masuk kerja. Ataupun terus ke gym atau swimming pool di selepas bekerja.
Commercial ActivitiesSelalunya, development jenis ini mempunyai kemudahan seperti Bank, café hipster, 7e, laundry dan sebagainya. Ini memudahkan pengguna. Company diatas pun senang nak entertain clients.
Trend & Migrasi Jenis Office
Migration dari conventional shoplot kepada urban office. SOVO / SOFO / Business Suite merupakan ideology migration dari conventional shop lot kepada sesebuah bangunan. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak start up companies dan juga company - company kecil yang memerlukan ruang yang sesuai untuk size syarikat mereka. SOVO / SOFO & Business suites juga menawarkan pemandangan yang lebih menarik berbanding shop lot.
Security
Development concept ini menawarkan keselamatan yang lebih tinggi berbanding shop lot. Pekerjaan yang memerlukan pekerja pulang lewat malam, sangatlah sesuai untuk mendiami development jenis ini kerana development ini mempunyai ciri keselamatan yang bagus seperi CCTV, card access dan security guard. Orang awam tidak boleh mengakses bangunan ini sewenang-wenangnya berbanding shop lot.
Corporate Address
Salah satu lagi kelebihan mendiami SOVO adalah 'alamat' business kita. Walaupun anda merupakan sebuah syarikat yang kecil, namun anda mempunyai alamat syarikat yang professional.
Initial Cost for Investors
Kebiasaanya, developer akan menyediakan unit itu kosong (bare units) dan ada juga developer menyediakan partition. Developer kebiasaanya memasang basic fitting seperti aircond. Kelebihannya disini adalah, investors tidak perlu mengeluarkan initial cost yang banyak untuk furnish unit tersebut berbanding untuk furnish sesebuah service residence. Investors either boleh tinggalkan kosong bagi tenant furnish sendiri ataupun hanya sediakan meja & kerusi pejabat.
Kesimpulannya, Tak kenal maka tak cinta. Setelah kita memahami perkara di atas, ada diantara kita yang bercita-cita untuk menjadi usahawan. Mungkin dua tiga atau lima tahun akan datang anda ingin mempunyai peemis sendiri. Adalah bijak untuk kita mengatur langkah dengan memiliki hartanah jenis ini yang masih affordable, lebih- lebih lagi under construction. - Siakap Keli
BACA: Buntu Untuk Mencari Rumah Sewa Yang Betul, Pemuda Ini Ada Panduan Untuk Dijadikan Rujukan
0 comments:
Post a Comment