loading...

Saturday, 19 November 2016

Kes Bayi Diculik, Bapa Mahu Saman Hospital Untuk Bagi Pengajaran


KOTA BHARU - Keluarga bayi perempuan yang dilarikan dari Hospital Tanah Merah (HTM) dalam kejadian Selesa lalu, akan mengambil tindakan saman terhadap hospital berkenaan kerana cuai sehingga berlakunya kejadian yang tidak diingini itu, lapor Harian Metro.

Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, berkata, tindakan tegas itu akan diambil bagi memberi pengajaran kepada petugas hospital kerana menyebabkan anak keduanya dibawa keluar dengan mudah dari hospital berkenaan. 

Isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, masih trauma dengan kejadian itu dan sentiasa dekat dengan anak mereka termasuk ketika mahu ke tandas. 
"Jika isteri mahu ke tandas, dia akan memastikan ada orang yang menjaga bayi kami kerana bimbang kejadian yang sama berulang lagi walaupun di rumah sendiri.

"Kami sepakat mahu mengambil tindakan saman dalam masa terdekat dan akan berbincang dengan pihak peguam. Saya dan isteri kesal dengan kejadian itu kerana kawasan hospital sepatutnya ketat dan mempunyai prosedur untuk membawa keluar bayi, namun ia tidak seperti yang disangkakan," katanya. 

Jelas Ihtisyamuddin lagi, mereka tidak akan memaafkan pasangan yang sanggup melarikan bayi mereka. Malah berharap kejadian itu tidak berlaku pada orang lain. - 

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...