Anne, 34, menjelaskan kek tersebut dibuat pada 10 November iaitu sehari sebelum majlis pernikahan pasangan itu berlangsung dan dia menggunakan bahan-bahan yang paling baik serta tahan lama berbanding kek biasa.
"Saya terkilan ada komen-komen negetif mengatakan kek tersebut sudah berulat kerana dibuat sebulan lalu seperti viral di laman sosial.
"Blog-blog yang menviralkan tentang kek tersebut tidak bertanya kepada saya terlebih dahulu.
"Sebulan yang saya maksudkan ialah persiapan untuk hiasan kek kerana saya perlu buat hiasan rama-rama bertatahkan batu swarovski.
"Untuk sebiji kek ia mempunyai kira-kira 11,000 biji batu swarovski jenis paling mahal dan ia bukan senang untuk dilekatkan," ujarnya kepada mstar Online.
Tag : Amar Baharin , Amyra Rosli , Berita Artis , Kek , Kontroversi , Pelakon , Perkahwinan Artis , Suami Isteri
0 comments:
Post a Comment