India - Kanak-kanak 13 tahun dengan kepala terkulai - yang mana kisahnya viral di serata dunia - meninggal dunia baru-baru ini.
Lapan bulan lalu, Mahendra Ahirwar menjalani pembedahan yang berjaya meluruskan kembali tengkuknya.
Menurut ibu Mahendra, Sumitra, 36, anaknya itu meninggal dunia ketika menonton TV sekitar jam 3 petang.
Bapa Mahendra berkata: "Saya punyai banyak rancangan dan impian untuknya. Saya mahu dia membesar. Dia bercita-cita untuk membuka kedai runci dan kami mahu bantu dia. Kini segalanya musnah.
"Pagi itu (kejadian) dia bermain, sarapan dan mandi sebelum bersiar-siar dengan kerusi rodanya dalam rumah. Selepas makan tengahhari, dia meminta untuk menonton TV. Saya buka rancangan kartun untuknya dan dia batuk sebanyak dua kali.
"Dia meminta saya mengurut dadanya dan cuba batuk untuk kali ketiga, namun selepas itu dia sudah tiada. Saya mula menangis dengan kuat dan memanggil namanya.
"Saya kemudian berlari ke luar rumah dan meminta jiran untuk menelefon doktor. Doktor sampai 15 minit kemudian dan mengesahkan dia sudah meninggal. Saya terduduk ke lantai dan memegangnya dengan kuat. Saya tak mahu lepaskan dia pergi.", katanya.
Doktor yang membedah Mahendra pada Februari, Dr. Rajagopalan Krishnan turut meluahkan rasa terkejut dengan pemergian Mahendra.
Sumber: Dailymail
0 comments:
Post a Comment