Seorang wanita yang sudah bersuami dan kekasihnya terpaksa menanggung malu besar apabila mereka terlekat ketika membuat hubungan kelamin dan terpaksa meminta pertolongan jiran untuk membantu mereka.
Menurut laporan, kemaluan pasangan itu terlekat apabila si suami wanita terbabit mengarahkan bomoh untuk menyumpah kemaluan mereka.
Pasangan itu terlekat antara satu sama lain ketika melakukan hubungan kelamin di rumah wanita berkenaan di Kisii County, Kenya ketika si suami berada di luar atas hal bisnes.
Tidak dapat menahan kesakitan, pasangan itu terpaksa menjerit dengan kuat untuk menarik perhatian jiran.
Jiran kemudian datang ke rumah tersebut dan terpaksa dibawa keluar dengan menggunakan kain. Orang ramai juga mula berkumpul untuk melihat pasangan itu yang menutup muka mereka dengan selimut.
Orang ramai mengangkat pasangan itu. |
Pasangan itu melindungi badan mereka dengan selimut. |
Orang ramai mengerumi pasangan terbabit. |
Media tempatan melaporkan, suami kepada wanita tersebut sudah mengesyaki isterinya curang dan memberikan ramuan yang disediakan oleh seorang bomoh kepada isterinya sebelum keluar rumah.
Ramuan itu dikatakan dicipta supaya pasangan terbabit tidak dapat dipisahkan bagi membuktikan kesalahan mereka, namun ada juga media yang berkata insiden itu berlaku kerana kondisi medikal.
Media tempatan melaporkan lagi, atas arahan si suami, pasangan itu kemudian dibawa ke bomoh yang membuat jampi terbabit yang kemudiannya memisahkan mereka.
Bomoh itu menyuruh kekasih wanita berkenaan membayar denda sebelum memisahkan mereka.
Bomoh itu juga berkata kepada media bahawa insiden itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka yang curang dalam perkahwinan.
Alat yang dikatakan digunakan oleh bomoh itu untuk membuat ramuan. |
Lelaki yang dikatakan bomoh terbabit. |
Sumber: Dailymail
0 comments:
Post a Comment