Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 32, yang sudah tidak tinggal sebumbung bersama Helmi, 38, sejak Jun lalu menegaskan, perpisahan itu merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
Walaupun begitu, hubungan mereka masih baik.
“Sebenarnya sekarang kami sedang menunggu panggilan daripada pihak Mahkamah Syariah untuk bercerai. Namun, tidak perlu untuk saya mendedahkan butiran terperinci mengenai perpisahan kami,” katanya ketika ditemui di Red Garage, Kuala Lumpur baru-baru ini.
0 comments:
Post a Comment