loading...

Saturday, 12 November 2016

Bayi Maut Jatuh Pada Ketinggian 30 Kaki Selepas Nenek Terlucut Ketika Gagal Stabilkan Diri di Eskalator


Satu rakaman video yang merakamkan saat seorang bayi empat bulan terjatuh pada ketinggian 30 kaki dari eskalator tersebar di media sosial.

Rakaman itu memaparkan bagaimana seorang nenek, yang gagal menstabilkan diri ketika menuruni eskalator seterusnya terlucut bayi terbabit.

Biarpun dia cuba menghulur tangan, namun dia gagal untuk memegang kembali bayi tersebut.

Menurut laporan, bayi itu kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan maut di hospital selepas parah.

Insiden tragis itu berlaku di tingkat tiga Plaza Wu Yue di Qingpu, Shanghai.

Sumber: Dailymail

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...