“Dia pernah berlakon dalam drama arahan saya dan saya kenal siapa dia. Apa yang dilakukannya di atas pentas GV3 adalah ‘dramanya’ semata-mata,” katanya.
“Mereka (netizens) hina dan melemparkan komen-komen negatif terhadap saya. Sepanjang empat dekad berada dalam industri hiburan, saya sudah berdepan pelbagai ancaman.
“Bagi saya, apa yang berlaku ini ibarat hembusan angin yang tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya.
“Saya memang tidak suka layan komen-komen pengikut yang mindanya tidak merdeka. Saya hanya akan bercakap dengan individu yang mempunyai akal fikiran,”
0 comments:
Post a Comment