Dua orang nelayan berjaya menangkap seekor lobster gergasi, seberat 14 pound (6.8kg) sehari selepas Ribut Nicole melanda Bermuda.
Nelayan tempatan percaya lobster itu antara yang terbesar pernah ditangkap di kawasan tersebut.
Lobster itu ditangkap secara tidak sengaja oleh Kapten Matthew Jones bersama seorang lagi nelayan, Tristan Loescher yang ketika itu sedang menangkap ikan pada waktu malam.
Foto kejadian unik itu dikongsi oleh Sanctuary Marine Bermuda pada 15 Oktober da sehingga kini telah menerima lebih dari 20,000 perkongsian.
Bagaimanapun, Matthew dan Tristan sependapat untuk melepaskan kembali haiwan itu ke laut selepas mengambil beberapa keping gambar bersamanya.
"Taufan Nicole menimbulkan beberapa gergasi laut....lobster seberat 14lb ditangkap dan dilepaskan", tulis status itu.
0 comments:
Post a Comment