Setiap kali berbelanja; tidak kira jika keluar makan, membeli-belah, atau bermain; pembeli akan diberikan resit sebagai bukti pembelian. Sepatutnya resit-resit ini perlu disimpan supaya dapat dijadikan rujukan pada masa depan atau apabila memerlukan.
Tapi disebabkan ianya kertas pelbagai bentuk dan sukar untuk diurus, resit-resit ini biasanya akan berakhir dalam tong sampah.
Tapi tahukah anda di Malaysia ada aplikasi telefon pintar yang akan menghadiahkan penggunanya mata ganjaran apabila pengguna mengambil dan menyimpan gambar resit-resit pembelian hariannya?
Memperkenalkan aplikasi Manis, satu aplikasi yang boleh menukarkan resit-resit kertas dalam poket anda menjadi ganjaran. Setiap kali anda mengambil gambar resit menggunakan aplikasi ini, anda akan mendapat mata ganjaran yang mana boleh ditebus menjadi voucher kupon dan pelbagai lagi ganjaran hebat lain.
Apa itu Manis?
Manis adalah satu aplikasi telefon pintar percuma yang boleh didapati di platform Android dan juga iOS.
Aplikasi ini membolehkan pengguna menukar resit-resit kertas yang diperoleh setiap kali berbelanja menjadi mata ganjaran yang kemudian boleh ditebus kepada voucher, tiket wayang dan macam-macam lagi.
Aplikasi ini menerima apa sahaja resit yang diperoleh dalam Malaysia tidak kira sama ada berbelanja untuk makan, beli belah atau bermain.
0 comments:
Post a Comment