Fazura merupakan salah satu daripada persembahan pembuka untuk ikon R&B terkenal dunia, Usher yang berlangsung selepas tamatnya perlumbaan. Dalam status itu juga, Fazura melahirkan perasaan terharu dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberikan peluang untuk membuat persembahan itu, yang disifatkan sebagai sebuah impian yang menjadi kenyataan.
Terdahulu, Fazura telah mencuri tumpuan orang ramai selepas persembahan beliau menyanyikan lagu Cheap Thrills, dendangan asal Sia dianggap sebagai persembahan syok sendiri. Pada masa yang sama, ramai juga berpendapat beliau lebih bagus jika hanya terus berlakon daripada cuba menjadi selebriti versatil dengan mencuba nasib di dalam bidang nyanyian
0 comments:
Post a Comment