loading...

Friday, 14 October 2016

Orang Ramai Diminta Peka Fenomena Air Pasang, Ombak Dijangka Setinggi 2.5 - 3.5 Meter

Port Dickson: Pengunjung ke empat pantai di daerah ini diminta peka dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku mulai esok serta mematuhi arahan pihak berkuasa .

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Port Dickson, Muhammad Isa Md Onzer berkata, empat pantai itu adalah Pantai Bagan Pinang Batu 3, Pantai Saujana Batu 4, Pantai Telok Kemang Batu 8 dan Pantai Tanjung Biru Batu 10.

Katanya, fenomena air pasang ini boleh menyebabkan ombak berketinggian antara 2.5 hingga 3.5 meter dan ia dijangka berlangsung hingga Khamis ini.

"Sehubungan itu pengunjung diminta peka dengan fenomena ini dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

"Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) juga akan mengibarkan bendera merah di menara penyelamat pantai sebagai amaran kepada pengunjung untuk tidak melakukan aktiviti pantai bagi tempoh berkenaan.

"Apa yang mustahak adalah mematuhi arahan keselamatan oleh pegawai pantai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...