loading...

Wednesday, 19 October 2016

Murid Darjah Enam Tahan Sakit Lebih Sejam Gunting Tertusuk Kening

SABAK BERNAM, 19 Okt: Seorang murid darjah enam di Sekolah Kebangsaan Khir Johari terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas sebilah gunting tertusuk di kening mata kanannya dalam kejadian di sini tengahhari tadi.

Dalam kejadian jam 12 tengahhari itu, mangsa sedang melakukan aktiviti di makmal sekolah itu bersama rakan sekelasnya yang lain.

Seorang kakitangan pejabat sekolah itu, berkata mangsa yang sedang memegang gunting bangun dari tempat duduknya dan terlanggar kaki meja, sebelum terjatuh menyebabkan peralatan tajam berkenaan tertusuk keningnya.

"Semua murid Tahun Enam sedang melakukan aktiviti di makmal. Ia sebahagian daripada aktiviti yang diatur pihak sekolah selepas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Kejadian ini bukan berpunca daripada pergaduhan atau mangsa bergurau dengan rakannya yang lain sehingga menyebabkan gunting tertusuk.

Saya minta semua pihak tidak membuat andaian bukan-bukan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui BH di sini, hari ini.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan sekolah ketika ditemui BH enggan mengulas mengenai kejadian itu kerana laporan awal kes berkenaan sudah diberikan kepada pejabat pendidikan daerah.

Sumber: BH Online

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...