Setelah beberapa tahun menyimpan duit untuk membeli rumah, dan duit yang ada sudah cukup untuk membuat bayaran 'booking' rumah tersebut, sudah pasti membuatkan anda tidak senang duduk, manakan tidak, rumah yang bakal anda miliki kelak, sudah hampir pasti menjadi milik anda.
Namun, setelah membuat bayaran, tiba-tiba sahaja urusan tidak dapat diteruskan oleh sebab-sebab tertentu, dan duit 'booking' tersebut, anda tidak dapat kembali. Jadi, apa yang harus anda lakukan, atau mengapa boleh berlaku perkara seperti ini?
Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, admin kongsikan penulisan dari saudara, Salkukhairi Abd Sukor, akan masalah ini, jom kita baca, apa yang perlu kita lakukan.
Bagaimana perasaan anda apabila anda telah buat bayaran booking dengan pemaju atau penjual untuk beli sesuatu hartanah, tetapi apabila urusan tersebut tidak dapat diteruskan sama ada disebabkan oleh pihak anda atau sebaliknya, tiba tiba anda tak dapat balik bayaran booking tersebut. Mesti anda akan marah bukan?Jika sedikit mungkin tiada masalah, tetapi ini dah main ribu ringgit.
Dan kebanyakan kes yang dirujuk kepada saya, menunjukkan hampir 90% pembeli tidak akan dapat balik bayaran booking yang telah dibuat.
Kenapa itu berlaku dan bagaimanakah untuk mengelakkan ianya terjadi kepada anda? Jom ikuti tips saya di bawah ini sebagai panduan.
1. Semak Kelayakan Pinjaman Terlebih Dahulu
2. Tidak Mebuat Apa-Apa Bayaran
3. Hartanah Bebas Dari Sebarang Halangan
Pastikan hartanah yang anda beli bebas daripada sebarang halangan (free from all encumbrance) misalnya, bebas daripada sebarang kaveat, tiada sebarang sekatan kepentingan dan lain-lain. Jangan buat bayaran kepada penjual jika hartanah tersebut tidak bebas daripada halangan. Nak tahu hartanah anda bebas daripada sebarang halangan atau tak, sila buat carian di pejabat tanah.
4. Mempunyai Geran
Jangan buat apa-apa bayaran sehingga anda telah pasti yang hartanah tersebut mempunyai geran individu yang berasingan atau mempunyai dokumentasi yang lengkap untuk mengesahkan ianya milik penjual.
5. Lantik Peguam
6. Bayaran Melalui Bank Draf
7. Lihat Hartanah Secara Fizikal
Pastikan anda telah lihat secara fizikal hartanah yang ingin dibeli. Dan pastikan ianya sama dengan rekod dan lokasi dalam geran/ dokumen-dokumen berkaitan. Jangan transfer bayaran dahulu, kemudian baru hendak pergi tengok hartanah yang nak dibeli.
8. Jangan Tergesa-Gesa
Jangan terlalu excited dan tergesa-gesa dalam urusan jual beli hartanah walaupun anda di desak sedemikian oleh penjual. Sila fahamkan dahulu prosedur-prosedur asas jual beli hartanah. Jika tidak, bimbang-bimbang anda mudah ditipu atau dipengaruhi oleh pihak lain.
9. Dokumen Secara Bertulis
10. Consult Peguam
Elakkan daripada kerugian. Fahami hak anda. Jom LIKE, KOMEN dan SHARE jika ianya bermanfaat. -Siakap Keli
0 comments:
Post a Comment