Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri di Lagoon Perdana itu, mangsa ditemui dalam keadaan kanannya dirantai pada sebatang tiang lampu dan dikunci dengan selak besar bersama dengan beg sekolah dan sebotol air yang dibekalnya.
Menurut mangsa yang dipercayai berada di situ sejak tengah hari berkata, ibunya telah merantai kakinya kerana dia enggan menghadiri kelas Bahasa Cina.
Difahamkan, orang awam yang menemui mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang kemudian tiba di tempat kejadian membebaskan mangsa pada jam 7 petang.
Mangsa diberikan makanan sementara menunggu bantuan tiba di lokasi kejadian
|
0 comments:
Post a Comment