loading...

Saturday, 1 October 2016

Graduan Maut Dalam Perjalanan ke Majlis Konvokesyen

Foto : NST

SABAK BERNAM: Seorang graduan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) tidak sempat menerima diploma apabila maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Simpang Tebuk Sultan-Jln Alang, Sungai Air Tawar, pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa, Nurul Azmina Alias, 21, dipercayai dalam perjalanan menuju ke PSIS, di sini, untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke-11 sesi kedua di politeknik itu .

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala mayatnya dikeluarkan orang awam yang menyedari kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan iaitu kereta jenis Proton Perdana V6. Siasatan awal mendapati mangsa memandu kereta berkenaan dari arah Sungai Air Tawar menghala ke PSIS.

"Mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika sampai di tempat kejadian menyebabkan kenderaannya melanggar papan tanda jalan dan tembok konkrit berdekatan sebelum terjunam ke dalam parit yang mempunyai air setinggi kira-kira 2 meter.

"Orang awam yang membantu mengeluarkan mangsa mengesahkan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu," katanya.

Nor Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...