Sebab utama Gary meninggalkan Running Man adalah untuk memberikan fokus terhadap kariernya selaku selaku seorang pemuzik dan penyanyi. Berita ini telah disampaikan oleh penerbit Running Man sendiri.
Sejak awal tahun ini lagi Gary ada memberitahu niatnya untuk tinggalkan Running man kerana ingin fokus terhadap bidang muzik. Dia juga ingin meluangkan lebih masa untuk menghasilkan muzik memandangkan dia juga merupakan penyanyi rap kumpulan Leesang. Kami telah cuba untuk memujuk dan meminta Gary supaya mempertimbangkan keputusannya namun tidak berjaya.Walaupun sedih namum kami hormati keputusannya dan kami hargai segala usaha yang diberikan oleh Gary sepanjang dalam Running Man. vDia merupakan anggota Running Man yang hebat! Terima kasih Gary kerana menjadi anggota tetap Running Man sepanjang enam tahun, Kami pasti akan merindui awak
Sudah pasti Running Man tidak akan sama tanpa Gary selepas ini. Apa pun, episod Running Man kebelakangan ini agak membosankan. Sudah tidak sehebat dulu. Pihak penerbit harus mengembalikan zaman kegemilangan Running Man. Agak sedih melihat rating Running Man jatuh merudum. Semoga Running Man akan terus kekal berjaya dan menggembirakan hati orang ramai walaupun tanpa Gary di masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment