Jadi setelah aku tengok filem ni dua hari lepas, apa yang aku boleh cakap ialah; kalau korang nak tengok filem sebab sekadar nak tahu plot cerita, atau nak tengok dia tu berlakon dia ni berlakon, Deepwater Horizon memang TAK BERBALOI dan BUANG MASA untuk ditonton.
Sebabnya, semua kronologi terperinci, fakta, laporan kejadian, dan nama-nama mangsa semuanya boleh dibaca di internet kot. Aku pun dah tulis sikit dalam BM. Bersepah tulisan-tulisan sama ada full investigation report atau laporan ringkas. Bukan saja kronologi, bahkan kalau nak tengok detail lokasi kejadian pun, boleh refer equipment layout Deepwater Horizon untuk setiap deck/tingkat drill rig di internet. Siap boleh tengok kat mana tempat awal meletup, kat mana bilik ofis Mike Williams, kat mana lifeboat, kat mana depa buat terjun tiruk. Untuk yang jenis malas membaca, boleh tengok kronologi dalam bentuk animasi, atau kalau malas jugak, boleh tengok banyak video dalam youtube pasal Deepwater Horizon ni. Atau kalau malas jugak, baik kau mereput jelah. Dan skrip filem ni, semuanya berpandukan kepada laporan dan testimoni mangsa yang survived. Benda ni samalah macam kita tengok filem adaptasi dari novel. Sambil tengok sambil kita teringat dialog-dialog dalam novel tu terbit dalam bentuk visual.
Jadi kesimpulan aku, Deepwater Horizon memang TAK BERBALOI untuk mereka yang semata-mata sekadar nak tahu plot kejadian bencana oil spill ni.
Walau bagaimanapun, macam yang aku pernah tulis pasal filem Train to Busan (http://ift.tt/2dBFR3U), kalau nak dapat nikmat menonton sesuatu filem, kita kena masuk lebih jauh ke dalam pelbagai aspek pembikinan filem seperti tema, cinematography, storyline, skrip, movie set, plot editing, soundtrack, subliminal message, dan sebagainya.
Deepwater Horizon, bagi aku satu filem yang mendidik orang ramai dalam beberapa hal. Hari tu bila aku tulis pasal risiko bahaya di offshore drill rig, ada ramai komen tentang kerisauan untuk anak atau suami yang bekerja di offshore. Semua dok terbayang well tube meletup ke?
Dalam filem ni, watak Mike Williams ada singgung dalam cuma 2-3 patah ayat (untuk sesiapa yang perasan) bahawa pelantar minyak ni ada banyak jenis. Yang dia naik tu drill rig, datang untuk tebuk telaga dan tinggal. Ada juga jenis production/wellhead platform (sedut dari well), processing platform (asingkan minyak, gas, condensate, air & rawat sour/sweet crude oil & gas), utility platform, storage-offloading unit (tangki simpanan sementara), etc. Semuanya berisiko tinggi, tapi ada tingkat-tingkat risiko tertentu berdasarkan fungsi masing-masing. Pendek kata, takdelah semua jenis platform berisiko tinggi macam Deepwater Horizon tu.
Pada awalnya, aku agak babak permulaan cerita ni membosankan la jugak. Tapi rupanya babak hubungan kekeluargaan Mike Williams dengan anak & bini dia tu memang menambah perencah mood emosi dalam filem - tema perpisahan, penantian dan pertemuan semula - di mana semua pekerja offshore berpengalaman melalui detik-detik ini. 2-3 minggu kot tinggal mak ayah & anak bini. Tengok kiri laut, kanan laut, bawah laut, atas langit.
Filem ini secara tak langsung memberi peluang orang ramai untuk 'duduk dalam kasut' orang minyak. Sebenarnya tak semua pekerja dalam industri oil and gas ni berpeluang untuk bekerja di offshore (atau at least pergi offshore site visit) sebab ada yang kerjanya buat engineering design di ofis je. Dan yang bertugas di offshore, tak semua berpeluang untuk duduk bawah derrick tower dan pegang paip gerudi.
Aku sendiri, walaupun ada jugaklah seciput pengalaman pergi offshore - rasa teruja dan tak sangka banyak juga babak-babak penting dengan movie set dan lakonan yang agak detail - yang aku kira sangat WOW. Antaranya:
1. Paparan sebenar pada skrin contol system sama ada di drilling shack (pondok berdekatan drilling well) ataupun di central control room. Nampak macam berlakon di platform sebenar.
2. Set penggambaran dan equipment yang dibina - replika Deepwater Horizon - memang sangat superb dan real, meskipun tidak 100% terperinci seperti platform sebenar yang biasanya lebih berserabut. Malah penonton dibawa masuk hingga ke 1.5km di dasar laut untuk melihat sendiri apa benda Blowout Preventer (BOP) setinggi 5 tingkat bangunan, masuk ke dalam well tube dan tengok sendiri blind shear ram yang gagal berfungsi sepenuhnya semasa lumpur/crude oil memancut keluar tanpa henti, sehinggalah bagaimana kebocoran gas boleh masuk sampai ke dalam engine combustion system melalui air ducting (di situlah gas detection system gagal berfungsi untuk matikan engine secara automatik).
3. Gambaran impak letupan, dengan effect fireball, hunjanan serpihan kaca dan besi beserta effect bunyi, sangat real dan tidak kelihatan macam kartun. Memang berbaloi usaha producer untuk meminimumkan penggunaan CGI.
4. Sepanjang babak di atas rig, skrip para pelakon diadun dengan istilah-istilah teknikal yang betul, menjadikan lakonan mereka kelihatan cukup 'hidup'. Aku rasa betul-betul nikmat bila menghayati setiap lakonan dan skrip filem ni, mungkin sebab bila kita faham sedikit sebanyak istilah dan kronologi, jadi tak mudah untuk kita lost sebab dah faham susunan plot kejadian. Jadi aku tulis siap-siap catatan pertama sebelum ni, sebab bagi aku tak rugi untuk orang ramai faham kronologi sebenar sebelum tengok true story based movie. Yang malas membaca, apatah lagi yang tak familiar dengan dunia #orangminyak ni, percayalah cakap aku masa tengok Deepwater Horizon ni akan ada yang terpinga-pinga hilang punca.
5. Bencana yang lebih besar sebenarnya adalah isu kemusnahan alam sekitar yang dicemari dengan crude oil. Walaupun filem ni tak fokus kepada babak pasca blowout disaster, tapi aku kira producer filem ni sempat jugak bagi satu hint penting (subliminal message) tentang isu ekosistem alam yang terjejas dalam satu babak tak sampai 30 saat (tanpa skrip - show don't tell). Yang dah tengok filem ni mesti perasan punya.
Mungkin orang tertanya-tanya, kenapa kawasan living quarters (tempat Mike Williams video call dengan bini dia), dan central control room (tempat Andrea buat panggilan kecemasan "Mayday-mayday. This is Deepwater Horizon and we have uncontrollable fire") cuma terkesan dengan impak letupan je. Tapi tak terbakar teruk macam kawasan derrick tower, siap krew-krew pelantar boleh pergi berkumpul di muster area (kawasan berkumpul) & lifeboat untuk evakuasi dan Jimmy yang cedera teruk pun sempat capai coverall dan tunggu first responder datang tolong dia evacuate. Macam tak logik je?
Haaa, mari aku cuba kongsikan. Setiap platform mesti ada area classification, ada zon yang paling bahaya sampai lah kepada zon tak bahaya. Kalau tengok susun atur Deepwater Horizon, zon bahaya macam drilling well, flare tower, dan engine room duduk di kawasan sebelah kiri, manakala zon kurang bahaya macam living quarters, control room, helideck, dan yang penting sekali, muster area dan lifeboat duduk di kawasan sebelah kanan. Biasanya akan ada firewall (dinding penghadang api) untuk memisahkan zon bahaya dengan zon tak/kurang bahaya supaya jika berlaku letupan atau kebakaran, impaknya lebih rendah dan ada masa penampan (buffer time) untuk proses evakuasi (kalau aku salah mohon orang lebih pandai tolong betulkan). Tapi untuk platform Deepwater Horizon ni aku tak pasti la ada firewall ke tak. Kena cek baliklah sebab aku pun malas jugak nak membaca ni..
Disebabkan aku tak ada sangat ilmu pasal cinematography, jadi berdasarkan penilaian amatur aku, perspektif rakaman yang dibawa kepada penonton memang aku boleh bagi 8/10 la; daripada zoom-out (helikopter view) hinggalah zoom-in terhadap facilities yang ada atas platform (mechanical equipment dan skop-skop kerja yang dijalankan atas drilling platform), boleh dikatakan ia kelihatan sebijik macam platform sebenar dan kemuncaknya ialah penonton seolah-olah turut bersama Mike Williams buat aksi terjun tiruk 60 kaki ke dalam laut untuk menyelamatkan diri. Memang tak sia-sia producer bina satu replika platform Deepwater Horizon dengan skala 85% dari saiz sebenar.
Antara perbahasan hangat berkenaan penghasilan filem Deepwater Horizon ni adalah, adakah ia satu pengiktirafan atau eksploitasi ke atas mangsa? Adakah filem ini akan mengguris perasaan ahli keluarga kepada mangsa yang terbunuh?
Pada pendapat akulah, watak-watak mereka yang meninggal dunia tidak terlalu ketara ditonjolkan dalam filem ini dan kebanyakan babak penting lebih melibatkan watak Mike Williams dan Jimmy Harrell (Offshore Installation Manager - OIM). OIM ni kira macam pengetua lah di atas rig. Jadi boleh aku katakan bahawa penghasilkan filem ini lebih kepada pengiktirafan kepada keberanian dua watak ini yang menjadi 'commander in chief' sepanjang babak evacuation dari platform.
Filem ni membuat soft landing yang cukup cantik dan terhormat bagi mengingati 11 orang mangsa yang meninggal dunia, melalui satu babak khas di mana selepas mereka semua diselamatkan, Jimmy (OIM) yang masih dalam keadaan cedera telah membuat headcount (untuk cek siapa ada siapa takde), membaca nama demi nama... ah babak ni aku rasa macam nak menitik air mata. Kau tengok sendiri la..
Daripada terperangkap antara 'pengiktirafan vs eksploitasi', aku lebih suka tengok Deepwater Horizon ini dari sudut yang lebih memberi impak sosial, iaitu isu SAFETY & HEALTH dan HUMAN ERROR. Inilah tajuk utama yang mesti diberi tumpuan dalam dunia dan masyarakat industri, di mana teknologi menjadi semakin kompleks dan berisiko tinggi.
Malah dalam filem ini, sangat banyak babak yang secara sengaja menonjolkan isu pelaburan untuk menyediakan dan membaikpulih kelengkapan safety, pengabaian banyak aspek safety, sikap sambil lewa pihak BP (British Petroleum) yang memperlekehkan aspek 'kecil' ini hanya kerana mereka adalah 'abang besar' dalam industri. Memang semua orang tahu, bila apply polisi 'stop work' yang disebabkan masalah safety, ia melibatkan kerugian berjuta-juta dolar, jadual kerja tertangguh (dalam kes Deepwater Horizon dah sedia tertangguh 43 hari), dan menyebabkan person incharge terpaksa menjawab pula kepada orang atas. Jadi untuk cut cost, lebih baik tutup sebelah mata. Janji kerja siap.
Semuanya kerana DUIT.
"Money-money-money," nyanyi para pekerja yang tengah handle drilling pipe (dengan nada menganjing - part ni lawak gila), sebelum segalanya berubah dalam sekelip mata menjadi sebuah tragedi yang menyayat hati.
--
Jadi, dengan hadirnya filem yang melibatkan isu safety and health secara langsung ni, aku secara peribadi berharap mesej utama ini dapat dibawa balik oleh para penonton. Memanglah isu keselamatan di rig/platform lebih kritikal, tapi sebenarnya dalam kehidupan seharian kita di rumah, pejabat, tempat awam, atau mana-mana sahaja kecuali dalam mimpi, mesti ada risiko dan bahaya yang boleh menjadi punca kepada kecederaan atau kematian.
Mudahnya macam nilah..
Misalnya kita tahu tempat tu jadi laluan anak kita berlari/bermain, tapi dalam masa yang sama di sekelilingnya ada risiko > bahaya, contohnya:
1. Bucu meja tajam > terlanggar
2. Lego berterabur > terpijak
3. Toto licin > tergelincir
4. Air tumpah > tergelincir
5. Pintu > terkepit tangan
6. Soket/wayar terdedah > kejutan elektrik
Apabila kita tidak ELIMINATE risiko-risiko yang ada, di situlah bahaya akan muncul dan silap haribulan akan berakhir di hospital, kalau pun tidak di kubur. Memang la masa belum kena, kita boleh kata, "Tak kena pun, tak jadi apa-apa pun."
Dalam filem Deepwater Horizon, risiko-risiko ini memang diketahui wujud. Bahkan pelbagai alat keselamatan pada awalnya dipasang untuk mengesan bahaya yang datang, supaya preventive system boleh diaktifkan. Malangnya, banyak detection system dan preventive system dah rosak dan tak dibuat regular maintenance; potong bajet, rileksss, bukan jadi apa-apa pun. Lalu akhirnya bila bahaya sebenar tiba-tiba datang, segala-galanya sudah terlambat.
11 orang meninggal dunia, dan ramai mangsa yang survived telah meninggalkan industri oil and gas buat selama-lamanya.
Dah lama aku tak alami rasa puas dan kenyang lepas tengok movie, seingat aku kali terakhir ialah lepas tengok Snowpiercer dan Interstellar. Deepwater Horizon ni, fuhhhhhh... Tak tahulah aku nak komen macam mana lagi. Korang pergilah tengok sendiri di cinema. #ulasandeepwaterhorizon
Mohd Hafizul Hilmi
Rasa nak tengok lagi sekali
0 comments:
Post a Comment