loading...

Monday, 3 October 2016

Budak 5 tahun hidap darah tinggi

ALOR GAJAH - Melihat kepada bentuk fizikalnya siapa sangka, seawal usia 4 tahun kanak-kanak ini telah diuji ALLAH SWT menghidap pelbagai penyakit kronik.

Anak bongsu dari tiga beradik ini, Muhammad Adam Aidil Azly, 5, disahkan mengidap darah tinggi pada tahun lalu selepas mengalami masalah kencing tidak lawas.

Ibunya, Norzailin Abd Karim, 35, berkata, disebabkan bimbang dengan keadaan anaknya itu, dia dan suami sepakat membawa Adam Aidil bertemu pakar kanak-kanak di Hospital Melaka sebelum disahkan menghidap darah tinggi.

Budak 5 tahun hidap darah tinggi

Menurutnya, bacaan tekanan darah anaknya bukan sahaja tidak normal, malah beberapa kali tinggi sehingga mencatatkan bacaan seperti tekanan darah orang dewasa iaitu 90 hingga 140.

“Ketika umurnya 4 tahun dia kerap kali terkencing dalam seluar tanpa sengaja, sehingga satu hari 20 kali dia terpaksa menukar seluar.

“Melihat kepada perubahan yang ketara itu saya berjumpa doktor sebelum pemeriksaan darah dan lain-lain menunjukkan dia mengidap darah tinggi serta kolesterol tinggi,” katanya ketika menerima kunjungan Adun Taboh Naning, Datuk Latipah Omar pada program Ziarah Kasih bersama Jasa Alor Gajah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Alor Gajah, di rumahnya di Kampung Ayer Pa’abas, semalam.

Cerita Norzailin, bermula dari saat itu juga dia kerap kali berulang-alik ke hospital, termasuk Hospital Serdang, Selangor.

Malah, dia merupakan suri rumah dan suami yang hanya bekerja kampung akui terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk merawat anaknya itu.

"Saya berharap bantuan JKM yang pernah dipohon sebelum ini lulus bagi menanggung kos perubatan Adam Aidil memandangkan baru-baru ini doktor turut mengesahkan saluran pernafasan anaknya itu terdapat ketumbuhan," katanya.

Norzailin berkata, disebabkan ketumbuhan itu juga anaknya sering mengalami sesak nafas ketika tidur dan mengadu sakit dada serta sukar bernafas, selain kerap terkejut ketika tidur.

“Kerana itu juga setiap malam saya tak boleh tidur lena bimbang keadaannya yang kerap mengalami sesak nafas ketika tidur dan pernah mukanya berubah biru kekurangan oksigen.

“Hospital Serdang pernah mencadangkan agar anak saya menggunakan mesin oksigen, namun menyedari luar dari kemampuan kami kerana kos mesin yang tinggi, jadi terpaksa melupakan sementara mengenainya.

“Malah doktor turut mencadangkan Adam Aidil melakukan pembedahan membuang ketumbuhan yang semakin membesar itu tidak lama lagi,” katanya.

Terdahulu, Latipah turut menyampaikan sumbangan kepada Adam Aidil selain berjanji akan menyokong untuk mempercepatkan permohonan bantuan keluarga berkenaan berdasarkan faktor kelayakan.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...