Pada: Khamis, 6 Oktober 2016
Aksi Cium, Awal Ashaari, Berita Artis, Gossip Artis, Kontroversi, Mufti, Rozita Che Wan, Scha al Yahya, Suami Isteri, Zain Saidin,
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata setiap perbuatan yang ingin menggambarkan kasih sayang antara suami-isteri perlu dilakukan di tempat yang sesuai.
Bagaimanapun, Mohamad Shukri menambah, pasangan suami isteri digalakkan untuk melahirkan rasa cinta sesama pasangan namun perlu dilakukan di tempat yang sesuai seperti di rumah."Dalam Islam ada adab, setiap langkah, kata-kata dan perbuatan ada tempat yang sesuai. Walaupun seseorang itu suami-isteri tapi setiap perbuatan mereka perlu ada batasan jika mahu menunjukkan kasih sayang.
"Akhlak seseorang dalam Islam tidak diizinkan untuk bercumbu-cumbuan di tempat awam. Jika ingin bercium ada tempat privasi dan ia tidak perlu dipertontonkan kepada umum, " ujarnya kepada mStar Online.
Tag : Aksi Cium , Awal Ashaari , Berita Artis , Gossip Artis , Kontroversi , Mufti , Rozita Che Wan , Scha al Yahya , Suami Isteri , Zain Saidin
0 comments:
Post a Comment