loading...

Wednesday 5 October 2016

(2 VIDEO )Rakaman Lelaki Berparang Rompak Pemandu Wanita Di Ara Damansara, Suspek Kini Diburu Polis


PETALING JAYA: Pihak Polis kini sedang giat memburu suspek yang menyerang dan merompak seorang wanita di depan pondok keselamatan sebuah kawasan perumahan di Ara Damansara semalam, lapor The Sun Daily.

Pihak polis kini telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menjadi viral sejak semalam di mana menunjukkan seorang lelaki berparang telah merompak tiga orang wanita di hadapan pondok pengawal keselamatan.

Dalam video yang berdurasi kira-kira 1:15 minit dan 35 saat menunjukkan sebuah kereta Myvi yang dipandu mangsa telah diekori oleh sebuah kereta jenis Honda Civic bewarna putih, mangsa telah membelok berhenti di depan pondok pengawal keselamatan.

Keadaan itu tidak menakutkan suspek, sebalik suspek bertindak keluar kereta dengan membawa parang cuba merompak mangsa disebelah pemandu menyebabkan mangsa cuba melarikan diri dengan melanggar palang keselamatan.

VIDEO 1

VIDEO 2

Namun, rakan mangsa dilihat telah keluar melarikan diri menyebabkan dia telah diserang oleh suspek dan beg tangannya dirompak.

Pengawal keselamatan dikatakan tidak bertindak balas mungkin kerana takut apabila melihat suspek membawa parang dan ditunjukkan ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kami mempunyai laporan polis berhubung kejadian itu. Kami sedang meneliti CCTV dan telah memulakan gerakan memburu untuk mengesan suspek," katanya kepada theSun.

Difahamkan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak. - Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...