Zayn Malik bakal membuat kemunculan pertama dalam kaca TV dengan drama mengenai 'boy band' yang akan disiarkan selama satu jam.
"Zayn pasti membawa satu pandangan kepada dunia, di mana remaja disajikan dengan kemashyuran pada tahap yang pantas," kata Presiden Hiburan NBC Jennifer Salke.
'Siri Drama Yang Menambat Perhatian'
Ia mungkin dapat dikaitkan dengan pembentukan One Direction, yang ditubuhkan menerusi rancangan X Factor pada tahun 2010 dan seterusnya mencapai populariti besar-besaran, termasuk kejayaan beberapa anugerah serta, enam Brits.
Sejak kemunculan solo, Zayn mempunyai lagu hits termasuk Pillow Talk dan Like I Would, namun bergelut dengan persembahan secara langsung, atas sebab, "kebimbangan melampau" yang memaksanya menarik diri daripada konsert Dubai.
Penyanyi, yang akan menjadi salah seorang penerbit eksekutif rancangan itu, berkata: "Dick Wolf adalah legenda dan peluang untuk bekerja dengannya dan NBC akan mewujudkan satu siri drama yang menarik dan hebat."
Penulis dan penerbit, Wolf, terkenal dengan Law & Order siri TV yang sangat berjaya dan turut memenangi Anugerah Emmy.
Bagaimanapun Simon Cowell, yang menandatangani One Direction selepas The X Factor, berkata beliau kecewa denga Zayn kerana tidak menyatakan hasrat untuk bergerak solo kepadanya.
"Sejujurnya, saya harap dia bertemu dengan saya terlebih dahulu, untuk berbincang mengenai hal ini," Cowell memberitahu Entertainment Tonight.
"Saya benar-benar percaya bahawa apabila mereka mendapat idea ini, dan mengambil kira di mana ianya bermula, mereka seharusnya berjumpa saya".
0 comments:
Post a Comment