SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd (PROTON) sebentar tadi melancarkan model terbaharu Saga. Kereta yang dijana enjin 1.3 liter VVT itu didatangkan dalam empat varian iaitu 1.3L 5MT Standard; 1.3L CVT Standard; 1.3L CVT Executive dan 1.3L CVT2 Premium.
Majlis pelancaran model yang sinonim dengan pengeluar kereta nasional itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, sebentar tadi.
Hadir sama, Pengerusi Proton yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ahmad Fuaad Kenali.
Sementara itu, Utusan Online melaporkan harga bagi Proton Saga baru bermula dari RM37,000 hingga RM46,000.
Sumber : BH Online, Utusan Online
0 comments:
Post a Comment