loading...

Tuesday, 13 September 2016

Tren KTX langgar empat pekerja, dua maut

GIMCHUN - KOREA SELATAN. Tren berkelajuan tinggi, KTX yang lewat daripada jadual pada malam Isnin lalu akibat gempa bumi melanda bandar Gyeongju negara itu telah melanggar empat pekerja tren itu dan dua daripadanya maut.

Tren KTX langgar empat pekerja, dua maut

Memetik laporan Korea Times, kejadian itu berlaku dekat stesen KTX Gimchun kira-kira jam 12.49 pagi, semalam.

Kesemua mangsa merupakan pekerja shif malam uang sedang bertugas di sepanjang landasan tersebut ketika dilanggar tren tersebut.

Kebiasaannya tiada tren yang beroperasi pada tengah malam namun akibat gempa bumi itu, tren mengalami kelewatan.

Selepas kejadian itu, lebih 300 penumpang dipindahkan ke tren yang lain.

Korea Railroad Corp (Korail) menyalahkan perlanggaran keselamatan atas kejadian itu berbanding gempa bumi.

Menurut Korail, mangsa telah diberitahu agar tidak memasuki kawasan landasan.

Pihak polis dan Korail sedang menyiasat punca sebenar kejadian tersebut dengan memfokuskan kepada pengurusan keselamatan.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...