Foto hiasan |
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai orang kanan kumpulan kongsi gelap 'Double Seven (77) dan mempunyai sekurang-kurangnya enam rekod jenayah lampau diberkas, Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di Taman Rashna, Klang, Selangor, petang tadi.
Suspek berusia 38 tahun terbabit, ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, selepas terbabit dalam dua kejadian mencederakan orang di dua premis hiburan dalam daerah Dang Wangi, di sini, bulan lalu.
Dalam kejadian pada 31 Ogos lalu, suspek yang dikenali dengan panggilan Tiger Snook, dipercayai menumbuk dan menendang seorang pelanggan di luar sebuah premis hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, sekitar jam 1.30 pagi akibat salah faham berhubung kehilangan air minuman di meja mangsa.
Tiger Snook dipercayai aktif dalam aktiviti pemerasan dengan mengutip wang perlindungan daripada beberapa kawasan sekitar daerah Klang serta turut terbabit dalam kejadian pergaduhan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assisten Komisioner Rusli Mohd Isa, berkata setakat ini siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan.
Sumber : BH Online
0 comments:
Post a Comment