5tahun ++ in servis..
5tahun juga melihat,mendengar dan cuba menghadam segala tohmahan serta ketidakpuasan hati masyarakat kepada Jururawat..Seolah serba tidak kena sahaja tindak tanduk seorang jururawat itu dimata masyarakat..
Mungkin dalam organisasi kejururawatan sendiri, 5tahun itu terlalu baru,terlalu hijau dalam menjalani liku2 sebagai seorang jururawat..Sedangkan 5tahun servis di zaman viral memviral inilah,kelihatan terlalu ramai jururawat yang dicerca, dihina malahan didera secara tidak langsung terutamanya dilaman sosial. Dimana pengaruh media sosial dalam memviralkan sesuatu info yang tidak tentu sahih terlalu meluas..Indirect mentally abuse..Viral yang mampu bertahan bukan sehari dua malahan boleh di share bertahun-tahun lamanya. Ini memberi impak yang kuat kepada individu jururawat itu sendiri..
*Bagaimana aib bukan seorang jururawat malahan hampir semua jururawat dicanang,difitnah serta di perlakukan sewenang-wenang seperti mengambil gambar,mengeluarkan pernyataan berbaur ugutan,menuduh terlibat dalam dunia pelacuran serta pelbagai lagi.. *
Masyarakat mendefinasikan jururawat sebagai ;
a. Seorang yang sering berlagak hebat dari doktor di hospital..
b. Seorang yang sering mengeluarkan kata-kata kesat kepada pesakit selain tidak ikhlas dalam
c. Seorang yang hanya berkelulusan atas pagar dan menjadikan lesen sebagai pekerja kerajaan untuk
d. Seorang yang terlalu banyak mengeluh dari melakukan tugasan hakiki..
e. Seseorang yang tidak punya kesedaran diri bahawa gaji yang diperoleh untuk memberi makan anak
f. Antara penjawat awam yang sering mempamerkan kecantikan semasa bekerja berbanding dengan
g. Antara pekerjaan pilihan terakhir yang akan dipilih oleh gadis2 jelita yang berotak kosong atas
h. Tidak punya masa depan dimana hanya berada di tampuk yang sama berbekalkan uniform putih
i. Yang merantau keluar negara pula lebih mengejar material dari memberi kebahagiaan kepada anak- anak dan suami..
Pada pandangan masyarakat, sebagai seorang penjawat awam secara amnya dan jururawat khususnya, sepatutnya segala tugasan dan pekerjaan perlu dilakukan dengan ikhlas dan jujur serta amanah. Jangan sesekali mempersoalkan apa sahaja,complaint, atau suruhan seorang pesakit waima penjaga dalam urusan pekerjaan.
Bagaimana pula seorang pesakit itu pada pandangan seorang Jururawat?Adakah setiap pesakit yang datang dari sesegak-segak perwatakan hingga kecapik-capik langkah adalah sama dimata seorang jururawat? Adakah jururawat akan memberikan *impresi* yang bukan-bukan pada setiap pesakit yang datang lebih-lebih lagi yang ditemui orang awam ditepi jalan terus ke unit kecemasan?
Ya..memang amat mudah berkata 'Tak mahu kerja jururawat, tak mahu buat kerja jururawat ataupun tak suka menjadi seorang jururawat, sila berhenti. Ramai lagi diluar sana yang boleh jadi jururawat'.
Memang..ramai yang boleh jadi jururawat, tapi menjadi seorang yang 'berjiwa' jururawat itu sendiri amatlah sukar dicari. Mari,berada di tempat kami,cukuplah seminggu; bukan menjaga satu,bukan dua, bukan tiga malahan lebih dari 4 pesakit dijaga oleh seorang jururawat sambil melayan kerenah pesakit yang berlainan latar belakang, kaum serta fahaman keagamaan. Belum lagi emosi pesakit yang sukar diramal. Jururawat bukan kuli,jururawat juga seorang manusia yang punya hak untuk disayangi serta dihormati..
Ya..Mungkin ada jururawat yang celupar diluar sana.. Mungkin ada jururawat yg tidak bersikap professional dalam melakukan tugasan.. Begitu jugalah pesakit serta penjaga.. Setandan pisang tidak semuanya elok.. Tetapi jangan disamakan yang satu itu dengan semua jururawat yang telah berkorban jiwa raga dalam kerjaya mulia ini..
P/s;
# Satu kisah yang ingin diselitkan disini bagaimana 'jiwa' jururawat itu muncul dalam diri sendiri terjadi semasa berada didalam semester 1. Tiga beradik bertengkar sesama sendiri, saling tolak menolak dalam menjaga ibunya yang 'sedang menunggu masa'. (Ibunya merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak sendirian dengan menjadikan tubuh sebagai punca rezeki atas desakan hidup serta 3 perut yang ingin diisi selain keinginan melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran supaya tidak menjadi sepertinya kelak.) Didiagnos mengidap sejenis penyakit kelamin - tidak pasti apa-.
Mungkin ada pepatah baru yang boleh ditambah disini;
Seorang Ibu/Bapa boleh menjaga 10 seorang anak,
Seorang Jururawat boleh menjaga lebih dari seorang pesakit,
Tapi 10 orang Anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu/bapa dan juga belum mampu berterima kasih dengan seorang Jururawat pun..
0 comments:
Post a Comment