“Selepas isu buka tudung, saya juga ada menghubungi Uqasha. Sejujurnya, saya tidak menyokong apa yang dia buat. Cuma sebagai seorang rakan, saya mahu dia kuat terutama apabila berhadapan dengan komen segelintir peminat yang maha dahsyat pedihnya. Sebagai manusia, semua buat silap. Mana tahu, dengan kata nasihat dia akan fikir mana lebih baik”
“Seperti Fathia Latiff dan Elfira Loy, kami sependapat yang semoga Uqasha dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan baik. Saya takut untuk bercakap tentang istiqamah. Takut jawapan saya akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Kalau hendak cakap tentang kekuatan, saya akui kita semua insan lemah yang mudah terpengaruh,” katanya kepada Projek MMO.
Bagaimanapun, Mia berkata bahawa beliau bukanlah orang yang paling layak untuk menghakimi tindakan Uqasha kerana dirinya sendiri juga masih didalam proses memperbaiki diri setelah berhijab sejak tiga tahun lalu. Namun baginya apa yang mampu dilakukan kini adalah untuk terus menasihati Uqasha supaya beliau dapat memilih jalan terbaik dalam hidupnya.
0 comments:
Post a Comment