loading...

Wednesday, 14 September 2016

Saharul Ridzwan Harap Isterinya Soleha, Bimbingnya Jadi Suami Yang Baik

KUALA LUMPUR: Pelakon, Saharul Ridzwan yang akan bergelar suami kepada ahli perniagaan, Deena Emir, esok, sempat menitipkan pesanan manis buat bakal isteri di laman Instagram dengan meminta mereka sama-sama saling memberi bimbingan.

 Saharul dijadualkan diijabkabulkan dengan Deena atau nama sebenarnya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, di Putrajaya pagi esok disusuli acara persandingan pada sebelah petangnya.

Agak berahsia mengenai bakal suri hatinya, aktor berusia 27 tahun itu kini dilihat teruja menunggu hari bersejarah mereka dengan memuat naik video bersama tanda pagar #syurgadihatimu.

 "Setiap perjalanan pasti ada kesyukuran, apa yang saya impikan hanyalah kebahagiaan bersama awak. Saya harapkan daripada awak sebagai isteri saya nanti ialah dapat menjadi isteri solehah dan bimbing saya untuk menjadi suami soleh

"Ya betul, suami patut bimbing isteri. Tapi tidak salah kalau sebaliknya. Saya pun manusia biasa. Banyak salah yang akan saya buat. Minta-minta tiada masalah di kemudian hari. Insya-Allah.

"Semoga kita dapat membimbing antara satu sama lain. Diberkati selama-lamanya hingga ke jannah," luah Saharul menerusi rakaman video berkenaan yang disertakan kapsyen pendek.

Status baharu terbabit terus mengundang maklum balas ramai yang rata-rata mendoakan urusan mereka dipermudahkan selain memuji kejelitaan bakal isteri bintang Seindah Takdir Cinta itu. Sebelum ini,

Saharul mendedahkan hubungannya dengan Deena hanya akrab semula sejak Januari lalu dan kemudian membuat keputusan berumah tangga selepas menyedari keserasian mereka.

Pasangan yang berkenalan selama empat tahun itu juga bakal diraikan lagi dalam satu majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor, 18 September ini.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...