Keputusan dibuat selepas Zakaria Mohd, 32, mengaku salah mencuri satu kotak mengandungi tiga helai seluar dalam dan sehelai baju singlet yang bernilai keseluruhan RM45.36, lebih kurang jam 12.30 tengah hari, pada 23 September lalu di pasar raya berkenaan.
Dengan itu, dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan dan berdepan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.
Berdasarkan fakta kes, pada 23 September lalu, semasa sedang bertugas di pasar raya, pengadu yang juga Ketua Pengawal Keselamatan telah mendengar melalui ‘walkie talkie’ berhubung kejadian seorang lelaki melarikan diri melalui pintu keluar 1, kerana disyaki mencuri di dalam pasar raya.
Sejurus itu, pengadu bersama beberapa pengawal keselamatan yang bertugas bertindak mengejar lelaki berkenaan, sebelum berjaya ditangkap di tingkat bawah pasar raya.
Pemeriksaan menemui satu kotak mengandungi tiga helai seluar dalam dan sehelai baju singlet yang disorokkan, dipercayai hendak dicuri sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya
0 comments:
Post a Comment