loading...

Friday, 9 September 2016

Krew AirAsia Asah Skil Tulisan Jawi Isi Masa Terluang

SETIAP orang tentu memiliki cara yang tersendiri untuk mengisi masa lapang. Apatah lagi dalam dunia sekarang yang dipenuhi dengan pelbagai gajet dan aplikasi canggih.

Krew AirAsia Asah Skil Tulisan Jawi Isi Masa Terluang

Namun berbeza pula dengan seorang wanita yang dikenali Anna Jimenez, seorang pramugari bagi syarikat penerbangan terkenal tempatan AirAsia mengisi masa lapangnya sewaktu bertugas.

Apa yang menariknya, waktu senggang yang ada digunakan oleh wanita ini untuk mengasah bakat skil penulisan tulisan Jawinya.

Tidak segan mengaku kelemahan diri, Anna bertindak memuat naik hasil penulisannya itu ke laman Facebooknya (FB) meminta bantuan daripada rakan-rakan laman sosialnya untuk membuat transkrip tulisan Jawinya kepada tulisan Rumi bagi memastikan ejaannya betul.

Malah Anna turut menawarkan hadiah berupa Photobook bernilai RM90 bagi sesiapa yang berjaya meneka serta membuat transkrip dengan tepat dan pantas.

Inisiatif dan usaha Anna memperbaiki penulisan Jawinya mendapat pujian ramai netizen menerusi Facebook. Rata-ratanya turut mencuba untuk memenangi ganjaran yang ditawarkannya.

Difahamkan, draf tulisan Jawi milik Anna itu sebenarnya merupakan skrip yang biasa diungkap oleh setiap anak kapal sebelum memulakan penerbangan. –

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...