Pada: Jumaat, 30 September 2016
Anak Artis, Berita Artis, Bersalin, Fahrin, Gambar Artis, Mengandung,
Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan pada jam 4.15 petang. Isterinya yang bersalin secara normal itu kini berada dalam keadaan baik.
Menurut Fahrin, dia juga diberi peluang oleh doktor untuk memotong tali pusat anaknya itu."Alhamdulillah syukur di atas kurniaan ini lebih-lebih lagi anak sulung kami ini berkongsi tarikh lahir dengan isteri. Saya juga bersyukur apabila semuanya berjalan dengan mudah, selamat dan lancar.
"Ini satu lagi pengalaman yang berharga dan tak dapat dilupakan bagi saya sebagai suami. Tambahan pula apabila menunggu dan melihat isteri melalui proses bersalin serta berada di sisinya," katanya kepada Harian Metro.
Pasangan ini berkahwin pada 9 Mei tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara.
Tag : Anak Artis , Berita Artis , Bersalin , Fahrin , Gambar Artis , Mengandung
0 comments:
Post a Comment