loading...

Sunday, 18 September 2016

Dua Ditahan Kerana Hina Islam berkaitan Kematian Haron Din di Facebook

Foto besar : Tan Sri Khalid. Foto kecil : Allahyarham Datuk Dr. Haron Din

Dua individu telah ditahan polis berikutan cacatan di Facebook yang menghina Islam berkaitan dengan kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Haron Din, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Kedua-dua mereka ditahan, masing-masing, di Perak dan Selangor, kata Khalid menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

"Syabas, JSJK (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) @PDRM tangkap 2 orang, 1 di Ipoh dan 1 Shah Alam buat posting di FB hina agama Islam berkaitan kematian Dato Harun Din...," katanya dalam Twitter.

Haron Din, 76, meninggal dunia di Hospital Universiti Stanford di San Francisco akibat komplikasi jantung pada 16 September yang lalu.

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...