loading...

Monday, 26 September 2016

Bapa Dan 2 Beranak Seusia 7 Bulan Mati Di Bunuh

KUALA LUMPUR – Tiga beranak ditemui mati dalam sebuah apartment di Taman Sri Sinar, Kepong, petang tadi.

Bapa, Dua Anak Ditemui Mati Dalam Rumah

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mayat mangsa, Cheah Hing Soon, 34, ditemui terlentang di bilik utama sementara mayat dua anaknya ditemui dalam bilik berasingan.

Menurutnya, mayat kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki yang dikenali sebagai Cheah Kai Sze, 3 tahun dan Cheah Kai Wen, 7 bulan ditemui dalam bilik kedua rumah apartmen dua tingkat itu.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam berdasarkan keadaan mayat.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk namun keadaan rumah tersebut tidak terurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis tidak menemui senjata yang boleh dikaitkan dengan kejadian.

Susulan kejadian itu, isteri mangsa yang dikenali sebagai Kaw Mei Yen, 35, ditahan untuk siasatan.

Ketiga-tiga mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. –

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...