loading...

Wednesday, 14 September 2016

Ajak Shiro Cedera Masuk Hospital, Terima 15 Jahitan

Ajak Shiro Cedera Masuk Hospital, Terima 15 Jahitan

BARU-BARU ini salah seorang anggota kumpulan Shiro, Ajak Shiro, 30, menerima 15 jahitan selepas jarinya cedera.

Menurut sebuah laman hiburan tempatan, Ajak mengalami kecederaan selepas terkena kaca cermin tingkap rumahnya yang pecah pada malam Aidiladha lalu.

Akibat insiden itu, pelakon dan pelawak ini terpaksa menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Kempas, Johor Bahru, Johor dan terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk sementara waktu.

Menurut isterinya, Nur Afifah Amin, Ajak atau nama penuhnya Mohd. Hanaffi Razak mengalami kecederaan pada bahagian jarinya selepas terkena kaca.

“Ajak pegang cermin tingkap masa nak angkat barang semalam dan tiba-tiba cermin itu pecah. Serpihan kaca masuk dalam jarinya menyebabkan dia pengsan.

“Sekarang dia tengah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan kaca berkenaan daripada jarinya dan menjahit bahagian luka. Doktor nak pastikan tiada urat yang putus,” jelas Afifah di laman Instagram.

Rata-rata peminatnya tidak henti-henti mendoakan pelawak pujaan mereka itu supaya cepat sembuh di ruangan komen foto tersebut.

Manakala menerusi informasi dari laman hiburan yang lain, difahamkan setelah menjalani pembedahan kecil, Ajak bergegas ke lapangan terbang untuk mengejar penerbangan ke Gold Coast, Australia kerana telah berjanji dengan anak-anaknya

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...