loading...

Monday, 19 September 2016

6 Kerja Sambilan Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Menggunakan Basikal

Sewaktu zaman dahulu, di mana kenderaan seperti motosikal, mahu pun kereta agak sukar untuk dimiliki oleh sesetangah masyarakat, penggunaan basikal adalah sangat popular. Kebanyakan penduduk menggunakan basikal sebagai kenderaan utama selain bas bagi melakukan aktiviti harian seperti pergi ke pasar mahu pun kerja.
Sebagai contoh, dalam filem P Ramlee, basikal banyk digunakan sebagai prop untuk pembikinan sesebuah filem, seperti Do Re Mi, di mana tiga sahabat, menggunakan sebuah basikal sebagai pengangkutan untuk ke sesebuah tempat.

Basikal juga digunakan untuk mermpercepatkan proses penghantaran, seperti menghantar surat khabar dari rumah ke rumah. Dan oleh sebab itu, tahukah anda, hanya dengan menggunakan basikal, anda mampu mendapat duit tambahan, atau side-income dengan membuat enam pekerjaan berikut:


1. Bike Messenger

Menggunakan basikal, menuruni dan mendaki bukit untuk menghantar dokumen mungkin kelihatan sukar. Namun begitu, peluang utk menjadi penghantar basikal sangat banyak. Dalam carian Google, terdapat dalam 20 perniagaan bike messenger, tidak termasuk ‘Uber’s bike’

Seorang bike messenger, yang juga guru matematik sekolah menengah di San Francisco menceritakan dia dapat menyimpan 80% daripada RM40.10, yang diterimanya dari penghantaran makanan, atau RM32.06 bersih, dalam anggaran RM18.64 sejam selepas cukai.

Ianya di luar negara, tapi, kenapa tidak di Malaysia, boleh sahaja untuk melakukan hal yang sama, jika tidak di bandar besar, mungkin boleh melakukannya di banda-bandar kecil. Terpulang pada anda, anda boleh menjadi yang terawal melakukannya.

2. Pemandu Pelancong Berbasikal

Di Napa, yang menerajui perkhidmatan pemandu pelancong berbasikal, mampu untuk mendapat bayaran RM310.70 hingga RM621.40 sehari.

Jika anda sudah bermastautin di sesuatu tempat pelancongan dengan sangat lama, mengetahui tempat makan yang enak, mercu tanda yang menarik, pekerjaan ini mungkin amat sesuai untuk anda untuk cuba, bagi mengisi masa hujung minggu atau masa lapang anda.

Kawasan-kawasan yang mempunyai pemandangan yang indah dan tidak sesak, sesuai menggunakan pemandu pelancong berbasikal ini, mungkin di Pulau Langkawi, atau pulau-pulau lain. Selain menjaga kebersihan pulau tersebut, ia dapat mengurangkan kesesakan kawasan pelancongan.

3. Beca

Penggunaan beca di Malaysia sudah lama dipraktikkan, lebih-lebih lagi di Negeri Melaka, yang penuh dengan tempat bersejarah. Generasi muda agak kurang untuk menceburi perniagaan seperti ini.

Mungkin boleh menyewa sebuah beca, sebagai permulaan untuk berjinak-jinak dalam menjadi pemandu beca. Namun, jika anda lakukan degan gigih, sudah pasti anda akan mendapat keuntungan yang tidak disangka, lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah.

4. Servis Dobi

Untuk menghantar makanan, mungkin akan sedikit berserabut, kerana memerlukan perkhidmatan yang pantas dan cepat. Tetapi, bagi perkhidmatan dobi, cucian pakaian, ianya mungkin akan memberi ada ruang dan peluang yang lebih santai, dalam pada masa yang sama, boleh membuat kenalan baharu.

Anda mungkin tidak mmpunyai kedai dobi sendiri, namun jangan khuatir, jika kawasan perumahan anda mempunyai kedai dobi, anda boleh bekerjasama dengan pemilik tersebut, dengan membuat perkhidmatan mengambil dan menghantar pakaian. Untuk memastikan basikal anda mmpunyai ruang yang cukup, anda boleh menambah ‘treler’ kecil di bahagian belakang basikal anda.

5. Basikal Mover

Khidmat pemindahan barang. Ini merupakan khidmat di mana penungng basikal akan menyediakan perkhidmatan mebwa muatan atu brg tuan rumah yang ingin berpindah, dalam jarak yang tidk jauh.

Basikal anda mungkin terlalu kecil utk memuatkan barang, namun jangan risau, anda boleh melakukan sendiri kargo basikal, yang akn mmbntu anda utk memunggah dan membawa barang dengan lebih mudah. Anda boleh klik link ini untuk mengetahui cara membuat kargo basikal.

6. Penghantaran Makanan

‘Food delivery’ sudah sinonim dengan rangkaian makanan segera, mereka menggunakan motosikal sebagai perantara untuk menghantar makanan dengan pantas. Namun begitu, bagi anda yang mempunyai bisnes, kedai makan, minuman atau berkaitan makanan, anda juga boleh melakukan sendiri, untuk menghantar di kawasan kejiranan anda.

Ianya akan lebih mesra pelanggan, kerana anda dapat bersemuka degan pelanggan anda, dan dapat mengetahui feedback mereka terhadap makanan, minuman anda. Jika anda di kejiranan kawasan perumahan, bolehlah membuat khidmat ini, yang tidak terlalu jauh dari tapak niaga anda.

*Bagaimana pula jika tiada stu pn kerja smabilan ini dapt menarik minat and? Basikal adlah pengngkutan yang dpt mnghubungkan and dgn ssuatu kwsn dgn pntas. Jadi walau app n khidmt yng anda ingn lakukan dgn bsikal, pastikan and bermula dgn mmbuat iklan dahulu, kerana and munkin akn temui pekhfmtan basikal yng sesuai dgn anda.

Sumber: Wise Bread

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...