1 - Cik Fara : Radio Quran & Produk perubatan Islam
Dikenali sebagai Cik Fara, wanita ini menyebarkan dakwah Islam sambil berniaga dengan mengeluarkan idea kepada pendidik untuk mendidik al-Quran menggunakan bahan audio.
Radio Quran tersebut juga mendapat sambutan luarbiasa orang ramai disebabkan manfaatnya yang terlalu banyak. Ada yang menghadiahkan radio tersebut sebagai hadiah kepada ahli keluarga, orang sakit, diri sendiri, sebagai 'membersihkan' kawasan tempat tinggal, ikhtiar menjemput rezeki, ikhtiar menghilangkan gangguan dan mewujudkan aura dan suasana tenang di tempat tinggal mahupun di tempat kerja.
Yang hebatnya tentang bisnes Cik Fara ini ialah beliau berkolaborasi dengan usahawan-usahawan Islam lain bagi bisnes ini untuk memberi jaminan produk selama 6 bulan, penghantaran pos percuma, nasihat & video penggunaan produk serta penjagaan tertib mengendalikan alat elektronik yang mengandungi Ayat-ayat Suci Al-Quran.
Beliau berkata ramai orang tidak tahu bahawa banyak pengedar bukan Islam mengedarkan radio quran ini dan tidak mempraktikkan keperluan menjaga adab mengendalikan radio quran.
Bukan setakat itu, beliau juga menjadi sumber rujukan bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai tumbuhan bersifat Syifa’ seperti daun bidara dan limau purut. Sebagai ikhtiar dan ingin menolong orang-orang yg memerlukan untuk mendapat kebaikkan produk ini, beliau menjadi pengedar kepada produk Sufi Secret Aromatheraphy Sabun Bidara yang dirukyah dan disyorkan oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus.
Tumbuhan bidara ini sejak awal lagi digunakan dalam perubatan Islam dan ada disebut didalam Al-Quran. Ia berfungsi sebagai bahan pembersih dan juga digunakan untuk mengubati perkara-perkara yang melibatkan gangguan makhluk halus, saka, jin & sihir.
Cik Fara menasihati setiap pelanggan beliau bahawa kesembuhan dan penawar itu adalah dari Allah dan mereka haruslah bergantung kepada Allah semata-mata.
The Space Grand Ballroom Shah Alam adalah dewan banquet yang terbaru di Lembah Klang untuk majlis perkahwinan, sosial dan korporat.
Dewan banquet mewah ini yang menampilkan dekor yang elegan di mana sebanyak 650 tetamu boleh di muatkan di dalam satu masa (2,000 pax untuk bufet).
Apa yang menariknya adalah Dewan ini terletak dalam satu bangunan yang mempunyai unsur privasi walaupun ia adalah untuk orang ramai dan ia menjadikan majlis kita lebih selesa untuk tetamu bergelak ketawa dan melakukan apa sahaja tanpa memikirkan isu protocol atau gangguan dari mana-mana pihak pengurusan dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, nasi serai dan bermacam jenis menu yang ditawarkan sangat unik. Paling seronoknya adalah apabila perkhidmatan cekap dan sentiasa bersedia dari pihak mereka sangat memuaskan.
Untuk berhubug dengan Muhammad Firdaus, boleh hubungi nombor 013-3665487 atau layari page Facebook The Space Shah Alam Grand Ballroom.
4 - Hjh Maryam Shafie : Dobi, Bakeri, Bundle, Charity Shop & Katering
DOBI.BAKERI.BUNDLE.CHARITY SHOP & KATERING antara perniagaan Nur Kasih bagi membantu mereka menjana pendapatan untuk menampung segala keperluan anak-anak yatim peliharaan rumah ini seperti makanan, baju, belanja harian setiap anak-anak yang ke sekolah dan sebagainya.
Hebatnya adalah mereka tidak dapat apa-apa bantuan sekalipun dari kerajaan malah dahulunya dicaci dengan kata kata seperti “kalau dah tahu miskin, buat apa buka rumah anak yatim” dan macam macam penghinaan perit lagi sehingga mereka mendapat ilham untuk mulakan bisnes bundle melalui baju-baju terpakai yang terlalu banyak dari orang ramai yang disumbangkan pada mereka.
Bermula bisnes bundle itu, mereka mula menjana amaun-amaun besar sehingga mencecah RM40,000 dalam masa dua minggu yang menjadi titik permulaan kejayaan bisnes mereka dalam hidup.
Untuk menghubungi Hjh Maryam Shafie, boleh hubungi nombor 013-2749573 atau layari laman Facebook Pertubuhan Nur Kasih.
5 - Azryna Binti Kudin : Bridal 5 bintang
Dengan pengalaman lebih 15 tahun, Ryns Avenue yang dikendalikan oleh Azryna, kini boleh dikatakan berada di tahap pakar dalam memberi khidmat dan sering menjadi pilihan untuk bermacam macam majlis kahwin artis dan personaliti terkemuka. Kepakaran mereka merangkumi dekorasi bagi outdoor garden wedding hingga ke hotel 5 bintang.
Menariknya tentang pasukan Ryns Avenue adalah hasil kerja mereka yang selalu diperkatakan iaitu sangat efisien, menyelesaikan masalah, memuaskan hati, kemas and mereka tak hadkan kreativiti ikut request customer sahaja tapi mereka akan improvise sampailah dapat perkataan WAH dari customer mereka.
Sebab itu di sekitar Selangor ini Azryna ini diberi nama kasih sayang dengan panggilan nama Kak Ryn sebab dia seorang yang sangat senang untuk berurusan, begitu juga dengan pasukannya.
Bagi yang berminat dengan servis yang disediakan oleh Ryns Avenue boleh menghubungi nombor 012-3801811 & 012-2351801 (Shah Alam), 012-2940811(Sungai Petani, Kedah), page Facebook Ryns Avenue atau Instagram Rynsavenuewedding.
0 comments:
Post a Comment