Indah berkata, ia juga menamatkan segala spekulasi yang kononnya pertunanga dia selama tiga tahun dengan jejaka yang dikenali sebagai R itu sudah berakhir.
Tambahnya, keputusan itu dicapai oleh keluarga kedua-dua belah pihak pada Ramadan lalu selepas merasakan ia adalah masa paling sesuai untuk mendirikan rumah tangga.
"Lega apabila sudah ada tarikh untuk berkahwin selepas tiga tahun kami bertunang, secara tidak langsung saya buktikan hubungan pertunangan kami berakhir seperti dirancang biarpun mengambil tempoh yang panjang.
"Saya tahu ramai yang menjangkakan hubungan kami akan berakhir dengan perpisahan kerana terlalu lama bertunang, tapi jodoh kami kuat.
"Insya-allah akan majlis akan berlangsung pada Mac depan waktu cuti sekolah, tapi belum ada tarikh yang tepat," ujarnya kepada mStar Online.
Tag : Berita Artis , Indah Ruhaila , Instagram , Penyanyi , Perkahwinan Artis
0 comments:
Post a Comment