Mesir, 5 Ogos - Bekas Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa, terselamat dalam satu cubaan bunuh pada Jumaat, lapor stesen televisyen tempatan.
Dalam kejadian itu, dua lelaki bermotosikal melepaskan beberapa das tembakan kearah Gomaa ketika beliau memasuki sebuah masjid. Bagaimanapun Gomaa terselamat dan salah seorang pengawalnya mengalami kecederaan kecil di kaki. Dua lelaki itu kemudian melarikan diri.
"Jika Ali Gomaa mati, akan ada berjuta-juta orang yang akan menggantikan tempatnya", kata Gomaa kepada stesen televisyen selepas berita itu tersebar.
"Saya memberi khutbah sejurus selepas saya terselamat", kata Gomaa.
Menurut sumber, Menteri dalam Negeri, Magdy Abdel-Ghaffar, telah menubuhkan satu pasukan besar untuk mengenalpasti penembak yang cuba membunuh Gomaa. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment