loading...

Tuesday, 19 July 2016

Zizan Razak akhirnya menangis.. Sebab hal ini..

Pada: Rabu, 20 Julai 2016
Berita Artis, Bulan Ramadhan, Makkah, Pelawak, Syawal, Umrah, Zizan Raja Lawak,
Katanya Zizan Razak menangis kerana melihat Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah diantara pada 10 malam terakhir Ramadan lalu sehingga satu Syawal sebelum berangkat dan beraya di Tanah Air.

“Saya rasa bertuah kerana dapat menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga satu Syawal. Saya dibawa oleh Adi Putra dan kali pertama melihat Kaabah di depan mata, saya menangis. Merasai sendiri pengalaman melihat Kaabah dengan mendengar cerita orang lain amat berbeza. Sebenarnya pelbagai perkara berlegar di ingatan”

“Saya teringatkan susah senang kehidupan dilalui sejak kecil sehingga dewasa. Dalam waktu itu, tiba-tiba wujud perasaan rindukan keluarga terutama terhadap ibu bapa. Secara tidak langsung membuatkan saya rasa begitu kerdil dan ingin lebih berjasa kepada keluarga, negeri, negara dan agama,” katanya kepada Kosmo Online

Tag : Berita Artis , Bulan Ramadhan , Makkah , Pelawak , Syawal , Umrah , Zizan Raja Lawak

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...