Britain - Seorang lelaki rebah ketika mengangkat berat 500kg selepas pembuluh darah di kepalanya pecah.
Eddie Hall yang turut dikenali dengan nama "The Beast", melakukan aksi merbahaya itu di Leeds Arena pada hujung minggu lepas - namun mengaku ia hampir membunuhnya.
Sebelum itu, dia berjaya mengangkat 465kg, namun berat yang sama berjaya diangkat oleh dua pesaing yang lain menyebabkan dia mengambil keputusan untuk menambahkan lagi berat.
Ketika aksi merbahaya itu, Hall dilihat berjaya mengangkat berat itu sebelum dia rebah di atas pentas dihadapan penonton.
Selepas rebah, Hall mengalami pendarahan di hidung dan ahli pasukannya segera mendapatkan Hall kerana gusar dengan keselamatannya.
Bercakap kepada Yorkshire Post - lelaki 28 tahun itu berkata : "Ia hampir membunuh saya. Tekanannya ke atas badan saya sangat berat. Saya tak sedarkan diri buat seketika. Hidung saya berdarah. Ia bukan sesuatu benda yang menyihatkan untuk dibuat.
"Tapi saya berjaya lakukannya. Ia sudah pasti satu rekod untuk satu masa yang alam
"Ianya sangat membanggakan, seperti menjadi orang pertama yang menjejak kaki di atas bulan atau orang pertama yang berlari sejauh satu batu dalam masa kurang empat minit. Sekarang, saya orang pertama yang berjaya mengangkat separuh tan. Ianya satu rekod dan saya sangat berbangga"
Hall kini sedang menjengah peluang untuk beraksi dalam pertandingan "World's Strongest Man".
0 comments:
Post a Comment