Nama Adinda Tasya Mansor kini menjadi sebutan di bibir masyarakat di China selepas kemunculannya dalam satu program pencarian bakat baru di China baru-baru ini.
Adinda, 11, telah menyertai pertandingan nyanyian, Let’s Sing Kid telah mengejutkan para penonton serta juri-juri dengan vokalnya yang hebat.
Gadis kecil dari Perak ini berjaya mendapat tepukan gemuruh serta standing ovation daripada penonton yang hadir, malah dia juga berjaya mengagumkan ketiga-tiga juri program ini.
Netizen menggelarnya sebagai “little Shila”, Adinda nampaknua bakal mengikut jejak langkah Shila Amzah, penyanyi Malaysia yang berjaya mengukir nama di China menerusi pertandingan nyanyia di China iaitu Asian Wave.
Sumber:
0 comments:
Post a Comment