Ipoh, 10 Julai - Satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan (Menora-Ipoh) kira-kira jam 3 petang tadi.
Menurut video yang dikongsi oleh Bernama Radio, kelihatan bas itu, yang dalam keadaan laju, merempuh kenderaan-kenderaan itu dari belakang.
Punca kejadian tidak dapat dipastikan.
Susulan kejadian, lebuhraya itu dilaporkan sesak teruk.
Setakat ini, belum ada laporan rasmi mengenai kejadian.
Video kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan (Menora-Ipoh) yang dikongsikan pendengar BERNAMA Radio http://pic.twitter.com/1hMuwmz25n— BERNAMA Radio (@bernamaradio) July 10, 2016
Sumber : Bernama Radio, LLM Info Trafik
0 comments:
Post a Comment