Sejak semalam tersebar di laman sosial yang mendakwa pasukan bola sepak Sukam Kedah yang menginap di hostel Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah merosakkan perabut-perabut di dalam hostel berkenaan selepas dikatakan kecewa kerana kalah.
Pos viral berkenaan dipercayai dimuatnaik oleh sukarelawan Sukma berkenaan mendakwa sebelum pasukan bola sepak berkenaan masuk, mereka telah mengemas bilik tersebut namun apabila pasukan bola tersebut keluar perabut yang ada dalam bilik berkenaan rosak dan patah macam tongkang pecah.
Viral berkenaan nampaknya telah mendapat perhatian daripada Persatuan Bolasepak Kedah(KFA) telah tampil menafikan viral berkenaan.
Berikut adalah jawapan daripada KFA.
Namun hari ini, sukarelawan yang memuatnaik status viral berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf atas tindakkannya itu di mana beliau tampil meminta mana-mana pihak yang menyimpan 'screenshot' status berkenaan supaya berhenti menyebarkan dan memadam status tersebut.
Apapun harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik dari kedua-dua belan pihak. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment