loading...

Tuesday, 26 July 2016

Sebab mengapa Amy Mastura enggan dedah kisah keluarganya...

Pada: Rabu, 27 Julai 2016
Amy Mastura, Berita Artis, Keluarga Artis, Penyanyi,
Jarang-jarang sekali kita dapat mendengar tentang kisah keluarga mahupun rumah tangga penyanyi Amy Mastura.

Malah, hampir tiada gosip liar yang dikaitkan dengan keluarga Amy sejak berkahwin dengan suaminya, Alvin Tham Suffian 16 tahun lalu.

Amy berkata faktor jarang bercakap dan mendedahkan perihal keluarga itulah yang menjadi kunci kebahagiaannya bersama suami.

"Saya tiada sebarang rahsia tertentu tetapi sejak dahulu lagi saya memang kurang dedahkan kisah keluarga untuk tatapan umum dan perkara itu saya rasa turut menyumbang kepada kebahagian kami sekeluarga.

"Tiada yang istimewa tentang keluarga saya sebenarnya kerana kita juga harus yakin bahawa kebahagian itu adalah kurniaan Allah dan sebagai hambaNya kita kena jaga amanah itu sebaik-baiknya," ujar Amy memetik mStarOnline.

Tag : Amy Mastura , Berita Artis , Keluarga Artis , Penyanyi

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...