loading...

Saturday, 16 July 2016

"Sayang Pergi Dulu, Nanti Abang Ikut Sayang," Kisah Cinta Suami Yang 'Ikut Pergi' Selepas 2 Hari Isteri Meninggal


Mati, tiada siapa yang dapat menyangkal atau menentang jika mati itu sudah ditakdirkan tiba masanya, cuma kita tidak tahu bila kita akan mati, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin bertahun-tahun lagi atau berpuluh tahun lagi.

Bagi sebuah pasangan suami isteri ini seolah-olah sang suami tahu yang beliau akan 'pergi' selepas isterinya meninggal, apa yang lebih menyedihkan pemergian mereka meninggalkan lima orang anak yang yatim yang masih perlukan permbelaan di mana yang kecil baru berumur tiga tahun.

Jom kita baca kisah cinta mereka.

INI KISAH CINTA

Arwah makcik saya, Safarina Ismi disahkan menghidap kanser payudara 2 tahun lepas. Masa tu kanser masih ditahap 2. Saya panggil arwah, Cik Amy.

Cik Amy ini orangnya lemah lembut, baik, cantik. Saya memang rapat dengan Cik Amy. Cik Amy ini isteri kepada adik Baba saya, Azizi Zulkifli (Cik G) yang baru meninggal semalam.

Sejak Cik Amy sakit, macam macam cara mereka cuba utk merawat kanser, alternatif, modern, homopati, you name it. Semua dah cuba. Mereka usaha. Kadang-kadang Cik Amy okay sihat ceria macam orang tak sakit. Tapi kadang-kadang Cik Amy jatuh sakit.

Sampailah kemuncaknya pada hujung tahun lepas bila kanser Cik Amy dah mencapai ahap 4. Doktor sarankan buat chemotherapy. Cik Amy buat. Dia jadi kurus sangat, rambut gugur, makin sakit. Cik G, setia menemani dan menjaga Cik Amy dari awal Cik Amy sakit lagi Cik G positif sangat, yakin isteri dia akan sihat. Walaupun kanser Cik Amy dah merebak masa tu.

Mereka dah berkahwin lebih 17 tahun. Cik G ni nampak cam garang tapi penyayang sungguh. Tambah-tambah bila dia mula kenal Cik Amy. Kehadiran Cik Amy dalam hidup Cik G menenangkan Cik G dari kehidupan dia yang huru hara masa muda. Cik Amy ini cinta mati dia. Sayang sangat. Pasangan ini dikurniakan 5 orang cahaya mata, 4 perempuan dan 1 lelaki.

Sepanjang Cik Amy sakit, Cik G jaga dengan penuh kasih sayang. Sampai tak tidur berminggu-,minggu. Nampak macam kuat. Tapi hakikatnya Cik G pun sakit. Cik G disahkan menghidap Hepatitis B. Tapi Cik G tak cerita pada sesiapa pun. Dia terus kuat demi isteri tercinta dan anak2. Dia senyum. Dia gelak. Dia buat lawak. Kadang-kadang dia menangis.

Cik G dah lama sakit dan menderita. Tapi tetap kuatkan diri. Lawan sakit dia. Dia kena kuat. Kalau dia tak kuat, siapa yang nak beri dan jadi kekuatan untuk isteri dia . Cik Amy yang sakit tu pun tak sanggup tengok susah payah suami dia menjaga dia sampai tak tidur-tidur.

Masa bulan Ramadan hari itu saya ziarah Cik Amy dekat rumah. Cik Amy cakap:

“Cik Amy kesian tengok Cik G tu. Dia penat terkejar sana sini. Jaga Cik Amy sampai tak tidur.”
Bila saya tanya macam mana keadaan Cik Amy, dia cakap macam ini saja:

 “Cik Amy sakit ni bawa Cik Amy dekat lagi dengan Allah. Cik Amy tak takut kalau Cik Amy dijemput. Tapi Cik Amy kesian kat anak-anak. Macam mana dorang kalau Cik Amy tak ada. Kesian Cik G”

Gambar tahun 2015
Sebelum Cik Amy meninggal dia sempat minta ampun maaf dari Cik G. Cik G cakap dia ampunkan:

“Sayang pergilah dulu, nanti abang ikut”
Cik Amy meninggal pada 13/7/2016 12:28 AM di hospital pada usia 37 tahun. Sedihnya Cik G jangan cakap la. Cinta hati dia dah pergi buat selama-lamanya. Lepas Cik Amy dikebumikan dia cakap kat adik beradik dia pun nak mati dah. Semua orang ingat dia beremosi kerana terlalu sedih. Dia langsung tak lalu makan dan mula lemah. Demam teruk.

Hari khamis 14/7/2016 Cik G di bawa ke hospital sebab demam teruk. Sebelum pergi hospital dia pesan kat anak sulung (perempuan, 16 tahun) Kak Long jaga adik-adik ya.

Bila sampai di hospital rupanya Cik G dah kritikal. Semua organ dalaman dah mula tak berfungsi. Usus bocor, buah pinggang buat hal, hempedu pecah. Allahu. Buat semua orang wonder macam mana Cik G mampu bertahan dengan sakit yang macam ni. Doktor tidurkan Cik G. Duduk dalam ICU. Dalam ICU tiu dua kali jantung Cik G terhenti. Semua dah mula risau. Barulah semua adik beradik Cik G tahu yang Cik G sebenarnya dah lama sakit.

Sebelum jantung dia terhenti kali kedua tu dia tersedar dan minta bawak anak-anak dia tengok dia. Dia tahu dia nak pergi dah. Allahu. Sedih betul masa ini. Semua menangis. Semua adik beradik menangis dan telefon mana yang jauh untuk balik tengok Cik G.

Oh lupa nak bagitahu. Keluarga kami ni besar. Adik beradik Baba ada 18 orang. 14 lelaki, 4 perempuan. yang sulung dah meninggal, yang lain semua ada lagi. Cik G nombor 13. Bawah Baba. Paling rapat dengan Baba. Bayangkanlah kesedihan Baba bila tau adik dia kritikal. Baba sakit-sakit pun minta bawakan dia balik Ipoh nak tengok adik dia.

Tapi Allah lebih sayang Cik G. Jumaat, 12:58 tengah hari, jatungnya terhenti terus. Pada usia 47 tahun, Cik G pergi buat selama-lamanya. Tunaikan janji yang dia akan menyusul isteri tercinta. Meninggalkan 5 orang anak yang berusia 3 tahun – 16 tahun. Sedihnya tak tahu nak cakaplah. Dalam tempoh 2 hari je anak-anak jadi yatim piatu.

Bila Cik G dah tak ada barulah semua orang sedar yang selama ni bila Cik G sedih, menangis, bukan sebab isterinya sakit. Tapi sebab dia pun sakit teruk. Dia risau dia akan pergi dulu sebelum isterinya

Ketika menaip ini pun air mata saya tak nak berhenti mengalir. Saya rapat dengan mereka berdua. Kenangan bersama tak pernah terhenti berputar dalam ingatan.

Kepada yang membaca, sedekahkanlah Al fatihah buat pasangan suami isteri ni. Mereka dah berjanji sehidup semati.


Doakanlah yang terbaik buat anak-anak arwah. Jika mampu, berilah sedikit sumbangan kepada mereka. Ibu bapa mereka sudah tiada. Tempat mereka berlindung dan bermanja sudah tiada. Mereka perlukan kekuatan. Doakan mereka kuat, doakan mereka tabah, doakan mereka mebesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sesunggunya perkara yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Mereka yang mati itu sudah selesai. Tapi kita yang masih hidup ini adakah sudah bersedia?

Nota kaki : Ini gambar keluarga mereka 4 tahun lepas sebelum ada anak bongsu mereka yang kini berusia 3 tahun.

Untuk mereka yang ingin membantu anak-anak ini boleh melawat mereka di

Alamat keluarga Arwah di Ipoh..
246, Jalan Pauh Kijang, Kg.Tengku Hussein Baru 30020 Ipoh ,Perak

- Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...