Pada tahun 2011 lalu telah berlaku kejadian gempa bumi kuat berukuran 9 pada Skala Rither di Tōhoku yang telah menyebabkan berlakunya kemelut kemanusiaan dan kesan ekonomi yang dahsyat.
Bencana ini juga telah menyebabkan berlakunya tsunami yang memaksa kira-kira 300,000 orang penduduk meninggalkan kawasan berkenaan kerana kekurangan bekalan makanan, air bersih, tempat berteduh, ubat-ubatan an bahan bakar.
Kejadian tersebut telah menyebabkan satu kerosakan kritikal ke atas Loji Kuasa Nuklear Fukushima I yang menyebabkan kebocoran radiasi yang parah dan kemungkinan kemudaratan kepada kesihatan dan persekitaran jangka panjang sehingga memerlukan usaha pembersihan yang menelan belanja besar.
Oleh itu, bandar Fukushima kini telah ditinggalkan kerana kesan radiasi yang begitu tinggi merebak di kawasan berkenaan.
Bandar berkenaan yang digelar sebagai bandar berhantu kini merupakan kawasan larangan bagi orang ramai memasukinya kerana kesan radiasi.
Seorang lelaki bernama Keow Wee Loong yang merupakan rakyat Malaysia telah pergi ke negara matahari terbit berkenaan dan menyelinap masuk ke kawasan larangan tersebut.
Namun apa yang dijumpainya amat mengejutkan di mana katanya ia amat berbeza dengan kejadian di Chernobyl di mana hampir semua kedai yang ada dirompak sehingga habis licin.
Jom kita lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh beliau.
0 comments:
Post a Comment