loading...

Tuesday 12 July 2016

Majalah Time Senaraikan Malaysia Sebagai Negara Rasuah Dunia


Nama Malaysia nampaknya tercalar gara-gara majalah berpengaruh dunia, Time telah memuatnaik satu artikel tentang lima buah negara dunia yang sedang dilanda skandal rasuah besar.

Malaysia nampaknya muncul pada kedudukan kedua selepas Brazil diikuti Afrika Selatan, China dan Rusia.


Bagaimanapun dari segi penulisan, penerangan bukanlah mengikut urutan tertentu, tetapi sebaliknya memberi contoh skandal besar rasuah yang sedang melanda negara di dunia.

Berdasarkan artikel, skandal rasuah Malaysia dilihat lebih cenderung kepada skandal 1MDB, isu derma RM2.6 bilion dari keluarga diraja Arab Saudi yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurut pengarang Ian Bremmer berkata mengenai Malaysia, negara dilanda skandal rasuah berkenaan atas faktor pemerintahan parti Umno dan kadar hutang pemimpin negara atas kedudkan dalam parti dan bukannya rakyat.

Penguam negara yang baru, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengeluarkan kenyataan yang perdana meteri tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan isu derma RM2.6 bilion tersebut selepas siasatan terhadap kes itu dijalankan terhadap akaun peribadi perdana menteri dan syarikat milik kementerian kewangan SRC International Sdn

Baliau menegaskan “tidak terdapat bukti yang cukup” untuk mengaitkan perdana menteri. - Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...