Vietnam - Seorang lelaki di sini mati selepas buah zakarnya dicengkam isteri selama lima minit dalam satu pergaduhan.
Le Kim Khai, 53, mati akibat sesak nafas ketika dalam perjalanan ke hospital pada Ahad (10 Julai), lapor akhbar Vietnam, Tuoi Tre News.
Laporan itu menyebut, Mr. Khai, yang sudah tidak tinggal bersama isteri dan keluarganya itu, datang ke rumah isterinya di wilayah Tien Giang pada malam tersebut.
Namun Khai tidak dibenarkan masuk. Khai kemudian cuba membuka mangga pintu rumah isterinya itu menggunakan gergaji.
Selepas berjaya, Khai masuk ke dalam rumah dan bertengkar dengan isterinya yang berusia 55 tahun, Phan Thi Kim Chuong sebelum keadaan bertukar menjadi ganas.
Tuoi Tre News berkata, Khai - yang dipercayai memulakan pergaduhan itu - memukul isterinya dengan tangan biarpun anak perempuannya merayu supaya dia berhenti.
Khai juga didakwa turut mengasari anaknya selepas dia memukul Chuong.
Disebabkan itu, isteri Khai menjerit meminta tolong. Kerana terlalu terdesak untuk melindungi anaknya, isteri khai mencengkam buah zakar suaminya itu dan mengheretnya di atas lantai.
Dia kemudian duduk di atas perut suaminya itu dalam keadaan tangan yang masih mencengkam buah zakar suaminya sambil menelefon polis.
Chuong kemudian melepaskan cengkamannya selepas jiran datang membantu.
Disaat itu, Khai telah pun pengsan dan dibawa ke hospital namun disahkan telah meninggal.
Menurut laporan bedah siasat, Khai mati akibat sesak nafas selepas makanan menghalang saluran udaranya. Namun tiada butiran lanjut yang dikeluarkan.
Chuong, yang kini ditahan reman, memberitahu polis bahawa Khai selalu menyerangnya dan tindakannya mencengkam buah zakar suaminya itu hanya dengan niat mahu memberi 'amaran'.
Sumber : AsiaOne
0 comments:
Post a Comment