KUALA LUMPUR, 12 Julai: Berikutan kontroversi kenyataan yang didakwa menghina P.Ramlee oleh Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Pictures (MiG) baru-baru ini, portal berita Malay Mail Online (MMO) semalam menyiarkan audio rakaman temu bual itu sebagai rekod.
Audio klip berdurasi 124 saat itu mengandungi temu ramah ringkas antara wartawan portal itu dengan David Teo yang diadakan di ibu negara pada 17 Jun lalu.
Teo bagaimanapun menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan tersebut dan menyifatkan ianya satu salah faham serta meminta maaf sekiranya ada yang terguris hati dengan isu tersebut.
“Saya dengan ini menafikan dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tersebar sekarang di media.
“Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi menghina seniman agung P Ramlee dan karya-karya beliau,” katanya dalam satu kenyataan dari Beijing.
“Saya yakin ini semua adalah salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini.
“Namun, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya kaum keluarga seniman agung Tan Sri P Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yang sedang diperkatakan sekarang.”, katanya sebagaimana lapor MMO. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment